Muktamar: Anwarinas mungkin tenggelam?
SHAH ALAM – Pemilihan kepimpinan tertinggi Pas pada Muktamar kali ini
dilihat lebih sengit apabila ramai menjangkakan golongan ulama akan
kembali menguasai kepimpinan parti itu.
Setiausaha Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, terdapat kem-kem aliran politik dalam Pas yang masih sukar untuk dikesan.
“Terdapat kumpulan warak iaitu berasaskan Islam, kumpulan Anwarinas, dan teknokrat yang lebih terarah kepada pembangunan Islam.
“Sejak Pas berada di dalam PR, sukar untuk dikesan dengan jelas aliran mana yang menjadi pilihan ahlinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, menurut Mansor sejak kebelakangan ini akar umbi Pas lebih tertumpu kepada kumpulan ulama bagi mengembalikan kegemilangan parti itu.
“Isu kalimah ALLAH dan keputusan PRU13 menjadi penanda aras kepada perwakilan kali ini. Mereka kembali jelas bahawa kedudukan dalam PR memberi kesan terhadap sokongan rakyat terhadap Pas.
“Kumpulan Anwarinas yang dulunya mengungguli barisan kepimpinan parti akan tenggelam tetapi kumpulan ‘fundamental’ Islam akan menguasai pemilihan kali ini,” katanya.
Isu ini lebih terarah kepada pemilihan untuk jawatan timbalan presiden yang menjadi tumpuan ramai siapakah yang akan bergandingan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kepimpinan akan datang.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata, perebutan jawatan timbalan presiden dilihat sengit apabila ada khabar bahawa Mat Sabu akan disingkir menjadi perbualan hangat.
“Saya melihat jika berlaku pertembungan satu lawan satu, akan memberi kelebihan kepada ulama, tetapi jika berlaku pertembungan tiga penjuru, sudah pasti undi akan pecah untuk kumpulan ulama. Bagaimanapun itu bukan bermakna satu laluan mudah untuk Mat Sabu,” katanya.
Tambah beliau, kekalahan di Pendang pada PRU13 juga menjadi satu petanda tidak baik kepada beliau untuk pemilihan kali ini.
Menurut beliau, perwakilan akan menilai prestasi calon secara keseluruhan, apa yang telah berjaya dilakukan untuk parti.
“Pas mengalami kekalahan teruk pada PRU13, saya percaya para perwakilan sedang berusaha untuk membawa kembali aura Pas khususnya untuk menarik kembali sokongan Melayu terhadap parti mereka.
“Oleh itu, perjuangan Pas yang asli akan diketengahkan dan saya melihat kumpulan erdogan akan mengalami laluan sukar dalam pemilihan kali ini,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment