20/07/14
MH17: Puak pemisah ambil 196 mayat yang ditemui - Ukraine
HRABOVE, Ukraine: Seorang jurucakap
perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah mengambil semua 196
mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 Malaysia Airlines
terhempas.
Wartawan Associated Press (AP) melihat
puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak
dan membawa pergi.
Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas.
Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro,
berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa
memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata.
Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa. - AP
0 orang berkata:
Post a Comment