Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUAT SAJA KERJA HINGGA BERJAYA BARU RAKYAT YAKIN

Rakyat mesti yakin keupayaan kerajaan tangani kes MH17

21/07/2014 6:36pm

KANGAR - Rakyat mesti meyakini keupayaan kerajaan menangani isu pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak di Ukraine Khamis lepas, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Menurutnya, tohmahan dan tuduhan tanpa berfikir panjang hanya memburukkan keadaan dan tidak menguntungkan sesiapa.

"Usaha kerajaan Malaysia menangani isu itu mendapat sokongan banyak negara dan tidak wajar rakyat Malaysia sendiri melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya kerajaan lemah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azlan mengulas dakwaan pihak tertentu dalam laman sosial kononnya kerajaan Malaysia lambat menghantar pasukan penyiasat ke tempat kejadian walhal pasukan negara lain tiba lebih awal.

"Keadaan di Ukraine adalah sukar untuk mana-mana pihak memasuki negara itu bagaimanapun pasukan yang dihantar oleh kerajaan sudahpun berada di tempat kejadian dan seharusnya kita mendoakan misi mereka berhasil.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Perlis ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada kepada seluruh anggota keluarga mangsa tragedi termasuk dari negara asing,” kata Azlan.

Beliau juga meminta rakyat Perlis berdoa agar usaha untuk membawa pulang mayat mangsa tragedi itu dipermudahkan Allah SWT. - Bernama

Hakcipta terpelihara
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.