Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CER BAGI TAHU RAKYAT APA SEBENO BENO NYE TERJADI KAT SELANGOOOOOO !

NGAPA MESTI LAKUKAN MESYUARAT TERGEMPOOOOO ! TETUTUP TAK ? KALO TEGEMPO MESTI LA TETUTUP ! MESUARAT NI JUGA NAMA NYE TERKEJUT !   Pak Karamu

 22/07/14

Abdul Khalid hormat keputusan PKR tapi...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon menteri besar baharu namun beliau mengingatkan bahawa perkara itu tertakluk kepada undang-undang.

Menurutnya, beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

“Saya hormati keputusan itu. Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita bersifat fitnah, provokasi dan kontroversi yang tersebar.

Malah, beliau menegaskan kontroversi mengenai jawatan menteri besar itu tidak menjejaskan pentadbiran negeri tersebut.

“Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri,” katanya.

Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan PKR telah memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu selepas mencapai keputusan itu pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pas bayak kerusi dari pkr kat selangor tapi pas penakut dan tak boleh buat apa,cakap je meletup tapi telo takda

Anonymous said...

Pas patut lebih agresif. Jangan lsgi kat puak2 ini yg hanya nk jawatan. Pkr akan tinggal 1 kerusi je nanti pada pru14. Rskyat dah muak. Inilah masanya pas perlu kedepan. Jangan hsnya jadi pak hangguk.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.