Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELANGOR PANAS BERDENGUNG ! PAS TAK SETUJU !

Ape yang sebeno nye yang berlaku di Selango ni, cube le cerite bio rakyat tahu, Khalid ni jahat ke ? kalo jahat, ape yang dia dah buat ? Tak boleh tunggu ke sampai PRU 14 ? Atau ada orang nak jual Selangor  kat BN ? Atau ada orang nak bagi projek Langat 2 kat BN ? Atau Apakah sebenarnya rancangan Kajang  move ?  Pak Karamu

 

Selasa, 22 Julai 2014

PAS Selangor mahu Khalid kekal MB Selangor

PAS Selangor mahu Khalid kekal MB Selangor
KUALA LUMPUR: PAS Selangor tidak pernah bersetuju untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, kata Pesuruhjayanya, Iskandar Samad.
Iskandar berkata mesyuarat antara PAS Pusat dan PAS Selangor juga tidak pernah bersetuju dengan cadangan untuk menukarkan Abdul Khalid.

"Kami (PAS Selangor) tetap dengan pendirian supaya Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga menjelaskan, PAS Selangor akan menyerahkan perkara tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara tersebut jika PKR bertegas mahukan Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

"Kami (PAS Selangor) serahkan kepada Presiden kami dan kempimpinan kami untuk menyelesaikannya," katanya.

Malam tadi, PKR membuat keputusan untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membincangkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat yang dijadualkan Rabu ini selepas Sidang Khas Dewan Rakyat.

Katanya, biarpun nama pengganti Abdul Khalid tidak dibincangkan sebelum ini tetapi PAS dan DAP telah menyatakan persetujuan untuk melakukan perubahan kepimpinan di Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.