Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SERONOK BUAT FITNAH KANN ?

Ciiiis ? Tak betoi rupanya cerita Sultan Selangor amat murka kat khalid, Saje deme buat fitnah, kesian Sultan, Kesian Khalid kena fitnah. Ciiiis ? Berani ko orang menjatuhkan maruh-maruah mereka ni ye ! - Pak Karamu

 

Tuesday, July 22, 2014

Siapa kata permohonan Khalid Samad mengadap Sultan Selangor ditolak?.. Baca penjelasan SU Sulit Sultan ini..


Istana Selangor menafikan dakwaan sebuah portal berita yang menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk menghadapnya.

Ia berikutan Khalid sudah menghantar permohonan untuk mengadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataan berhubung isu kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata beliau tidak dihubungi mana-mana portal berita dan memberi sebarang kenyataan berkenaan penolakkan permohonan Khalid itu. 

Katanya, Baginda hanya sudah menerima permohonan daripada Khalid, namun tidak memberi sebarang keputusan lagi berkenaan perkara itu.

"Tuanku sudah menerima permohonan untuk menghadap daripada Khalid, bagaimanapun tiada sebarang keputusan dibuat oleh Baginda samada akan berkenan untuk berjumpa atau sebaliknya.

"Hal ini berkemungkinan bahawa portal berita berkenaan sudah tersalah menerima maklumat dan menukar kenyataan pihak Istana Selangor yang menyatakan Baginda menolak permohonan Khalid itu. 

"Justeru, pihak Istana akan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa Baginda sudah menolak permohonan itu dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, semalam. 

Sebelum ini, BH melaporkan, Sultan Selangor murka terhadap Khalid yang mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

Menurut baginda, kenyataan Khalid Samad menunjukkan beliau jahil mengenai peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu mempercayai laporan portal berita berkenaan dan menunggu surat rasmi daripada pihak Istana yang menyatakan keputusan samada permohonannya untuk menghadap Sultan Selangor.

"Saya meragui ketepatan pemberitaan laporan portal terbabit yang menyatakan permohonan untuk menghadap Sultan Selangor ditolak.

"Saya akan menunggu surat rasmi daripada Istana bagi mengesahkan dakwaan itu," katanya lapor Berita Harian

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.