Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, July 20, 2014

Tragedi MH17: Janji Yang Tak Berapa Nak Boleh Pakai!

PBB janji siasatan telus dan adil dijalankan
NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menggesa satu siasatan antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat kejadian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang jatuh ditembak di timur Ukraine pada Khamis lalu.
“Anggota-anggota Majlis Keselamatan mendesak siasatan bebas yang sepenuhnya berhubung dengan insiden itu berdasarkan garis panduan penerbangan awam antarabangsa dan untuk kebertanggungjawaban yang bersesuaian,” menurut satu kenyataan yang dibacakan Presiden Majlis Keselamatan PBB, Eugene-Richard Gasana dari Rwanda
Berita lain:
Kumpulan pemisah lepaskan tembakan
ANGGOTA puak pemisah pro-Rusia melihat barangan milik penumpang MH17 yang terhempas di Grabovo, Ukraine semalam.

KIEV – Anggota-anggota kumpulan penyiasat dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) telah dihalang melakukan siasatan oleh anggota-anggota pemisah pro-Rusia di lokasi kejadian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas dipercayai ditembak dengan menggunakan peluru berpandu Buk.
Anggota-anggota kumpulan penyiasat itu dihalang daripada melakukan siasatan ketika mereka tiba buat kali pertama di kawasan lokasi nahas di Grabovo, timur Ukraine.
Kumpulan pemisah itu turut melepaskan tembakan amaran ketika 30 orang pegawai daripada kumpulan penyiasat tersebut tiba bagi melakukan siasatan.
Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan lokasi tersebut selepas berada selama 75 minit di lokasi tersebut. - Kosmo

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.