Rafizi yakin keputusan Pas tidak 'dicabul'
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin tiada campur
tangan rakan PR berkenaan keputusan Pas yang dua Adunnya kerana
menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri
Besar Selangor semalam.
Katanya, beliau tidak menyokong sekiranya ada dalam kalangan dalam PR
yang ingin campur tangan dengan keputusan yang telah dibuat Pas.
“Saya hormati keputusan tersebut yang dibuat mereka, orang luar tidak perlu campur tangan.
“Dan dalam hal ini, saya rasa tiada sesiapa yang campur tangan hingga keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Pas memutuskan menggantung keahlian Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin selama setahun akibat tindakan mereka semasa krisis kerusi Menteri Besar Selangor.

Kedua-duanya didapati melanggar keputusan parti selepas menandatangani
akuan bersumpah menyokong Presiden PKR, Dr Wan Azizah sebagai calon
Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan tatatertib
diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) Perlembagaan Pas.
Akibat itu, kedua mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti namun masih ahli Pas.
Bagaimana pun mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan Pas pindaan 2011.

0 orang berkata:
Post a Comment