• Saari Sungib Saari Sungib
1 / 1
SHAH ALAM - Adun Hulu Klang, Saari Sungib mengesahkan belum menerima kenyataan rasmi berhubung pergantungannya daripada keahlian Pas selama setahun bermula semalam.

Menurutnya, belum ada sebarang surat, panggilan telefon ataupun sistem pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang berlangsung, semalam.

“Belum ada (pemberitahuan secara rasmi)...bila terima nanti, saya perlu teliti kandungan dan arahan surat rasmi mengenai keputusan itu. Bila sudah ada jawapan saya akan umumnya kepada media massa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saari, Hasnul digantung keahlian Pas]

Sementara itu, Adun Morib, Hasnul Baharuddin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, bagaimanapun menerima keputusan berkenaan.

“Saya malas hendak komen. Biarlah...saya terima,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pas memutuskan menggantung keahlian dua Adun itu selama setahun berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) Perlembagaan Pas.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun tersebut dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 15 hari berkuat kuasa semalam yang memerlukan ia secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama.