• Seorang peserta mengajukan soalan kepada Phahrolrazi pada majlis Dialog Perdana dan Pelancaran Pasma Peringkat negeri Terengganu, malam kelmarin. Seorang peserta mengajukan soalan kepada Phahrolrazi pada majlis Dialog Perdana dan Pelancaran Pasma Peringkat negeri Terengganu, malam kelmarin.
1 / 1
KAMPUNG RAJA - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) meminta pihak tertentu tidak buat tanggapan buruk terhadap penubuhan persatuan itu kerana tujuannya bagi menguatkan PR.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi memberitahu, Pasma ditubuhkan bukan untuk menggantikan Pas, sebaliknya sebuah pertubuhan NGO bagi memastikan PR menggantikan BN memerintah negara.

Katanya, Pasma lahir daripada rasa kekecewaan penyokong yang selama ini meletakkan kepercayaan tinggi kepada PR.

“Pasma akan menyedarkan pimpinan yang berasa sombong selepas menjawat jawatan tertentu dalam parti sedangkan penyokong sentiasa hendak diberi perhatian.

“Pasma bukan mahu bersaing dengan Pas kerana dalam Pas ada banyak NGO malah kepimpinan Pas galakkan ahlinya mendekati NGO seperti berada dalam PIBG, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Adun Pengkalan Kundor, Kedah berkata demikian pada majlis Dialog Perdana dan Pelancaran Pasma Peringkat negeri Terengganu di sebuah restoran di Kampung Raja di sini, malam kelmarin.

Phahrolrazi berkata, persatuan menyasarkan 1 juta ahli terdiri daripada penyokong PR dan bukan ahli PR.

Sementara itu, menurut timbalannya, Mohamad Hussin, Pasma ditubuhkan bagi perkuatkan Pas kerana parti itu nampak longgar memandangkan sekarang keadaan yang berlaku dalam Pas tidak perlu disembunyikan kerana parti itu dalam keadaan berpecah.

“Pas kembali seperti zaman 80-an dulu sehinggakan ada orang pertikai Presiden dan Majlis Syura Ulama Pas menyebabkan rakyat tidak suka terhadap Pas.

"Atas faktor ini, pihak seperti Pasma akan membetulkan Pas,” katanya.

Manakala bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Bakar yang turut hadir pada majlis itu berkata, kenyataan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam muktamar Pas, baru-baru ini amat mengejutkan beliau kerana boleh mengeruhkan hubungan PR.

Beliau turut membidas pimpinan muda Pas yang kelihatan seronok keluar surat khabar dan media dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak baik untuk PR.