Hudud: PKR ambil keputusan tutup mulut
SHAH ALAM - Mesyuarat Biro Politik PKR mengenai pelaksanaan hukum Hudud
telah diadakan semalam dan bukannya hari ini seperti mana yang
dikatakan oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam.
Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli yang menjelaskan bahawa mesyuarat itu dilakukan secara dalaman.
"Mesyuarat Biro Politik PKR telah diadakan semalam untuk membincangkan isu Hudud.
"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana ia perbincangan tertutup," katanya melalui aplikasi Whatsapp, hari ini.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian mengulas mesyuarat biro itu yang dibuat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada 3 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam yang mengatakan Biro Politik parti itu akan mengadakan mesyuarat pada 3 petang tadi di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN: [ PKR bincang isu hudud, esok ]
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Online pada 2.30 petang tadi mendapati suasana di luar pekarangan kediaman itu lenggang daripada kehadiran kenderaan milik pemimpin parti itu.
Malah penyelia kediaman rasmi Menteri Besar itu yang ditemui juga memberitahu Sinar Online bahawa mesyuarat tersebut tidak diadakan pada hari ini.

4 orang berkata:
Dari buka mulut utk tambah kekeliruan dan ketidakyakinan...baik depa diam.
Apabila diam.. Nanti balasannya akan dapat juga di akhirat..kelak.. Tuhan akan melaknat setiap yg tidak mengiktiraf hukumnya..
Diam tu tandanya pkr dan BN sama taraf ja...sekular...mungkin BN skrg lebih baik sbb diaorang x bantah hudud. Tua2 belaka dah apa lg nak dicari melainkan redha allah...angan2 nak tawan putrajaya tu serahkan pd allah...yg dikejar tak dpt...iman didada gugur menjadi kufur..terfanalah dunia & akhirat
Aku pon dah mula sangsi dgn pkr nih...bila sebut bab hudud banyak alasan bagai..islam pa kejadahnya gini???..bab dap mmg tentangan terang- terangan...ini mmg sikap kafir yg takan mahu hukum islam ditegakkan...
Post a Comment