Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SPR tanggalkan poster, kain rentang perkauman

  • SPR
1 / 1
BUTTERWORTH - Pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hari ini menanggalkan ratusan poster, kain rentang dan banting yang berbaur perkauman.

Pemangku Pengarah SPR negeri, Azizal Ahmad berkata, selepas menerima laporan pagi tadi, pasukan SPR mengadakan operasi menanggalkan bahan kempen berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan bahan kempen berkenaan tidak menepati peraturan berkempen kerana berbaur perkauman, lebih kepada serangan peribadi, tiada kena mengena dengan parti yang bertanding dan ada yang tidak mempunyai pemilik.

"Mereka didapati bersalah di bawah Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan kami akan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata SPR menggerakkan enam pasukan dengan empat pegawai dalam satu pasukan untuk memantau kempen PRK Permatang Pauh ini.

"Operasi pemantau ini akan diteruskan sehingga esok walaupun tempoh berkempen berakhir malam ini bagi memastikan segalanya berjalan lancar," kata Azizal.

Katanya, ketika melakukan operasi, terdapat beberapa ahli politik yang cuba menghalang tetapi selepas berbincang, bahan kempen itu akhirnya ditanggalkan.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan banting dan poster yang ditanggalkan itu adalah di kawasan Permatang Nibong, Kubang Semang dan Penanti.

PRK Permatang Pauh esok menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.