Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERITA TERGEMPAR

Wednesday, June 17, 2015



Broker politik sedang mencatur politik Selangor?



MAKLUMAT MUSTAHAK                                                            
Awas satu team broker politik untuk mencaturkan kerajaan baru di Selangor sedang berjalan. Team berkenaan dianggotai oleh golongan profesional bersama dua orang veteran politik yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan Selangor. 

Mereka bergerak bersama dengan membahagikan tugas untuk mendekati tiga parti politik di Selangor, Umno, Pas dan PKR. Apa yang sedang dirancang dan diaturkan oleh broker politik ini bagi mengatur perwujudan kerajaan baru di Selangor tanpa melalui pilihan raya baru.

Mereka mengambil kesempatan atas kemelut politik yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang ini ekoran tindakan tegas DAP yang membuat pengistyharan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP sudah tidak ada lagi.

Maklumat awal yang sampai kepada saya, team ini sudah mengadakan pertemuan dengan dua pihak parti politik dan sedang berusaha untuk menemui pimpinan satu pihak lagi. Perbincangan paling akhir dengan wakil pihak satu lagi ialah jam 10:25 pagi tadi. 

Ada dua tawaran dikemukakan oleh team broker ini, pertama mengekalkan MB Selangor yang ada sekarang, atau pun menukarkan MB Selangor.

Difahamkan usaha yang sedang dirancang waktu ini untuk mengekalkan MB Sekarang, Mohamed Azmin Ali sebagai MB. Berita lanjut akan mengusul. [wm.kl.5:38 pm 17/06/15]

3 orang berkata:

Anonymous said...

aku ingatkan bertia tergempar bahawa Pakarmu dah pulih dari mamai pil kuda.

Anonymous said...

Eloklah kalau perkara ini berlaku.

XUMNO said...

Dalam keadaan sekarang, langkah mewujudkan satu kerajaan baru Selangor adalah satu langkah terbaik. Dengan tindak tanduk Dap yang menjadi punca keretakan PR, wakil2 rakyat Melayu dari umno, pas dan dan bukan-melayu dari pkr patut menubuhkan satu team untuk menerajui kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali.Tendang dap yang bongkak ini menjadi pembangkang di Selangor.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.