Apabila PAS diuji oleh Allah dengan berbagai-bagai ujian, maka kita maklum itu suatu fitrah yang tidak dapat hendak kita elakkan, kerana itulah janji daripada Allah s.w.t yang mengingatkan manusia bahawa "Tidak akan beriman seorang yang beriman selagi mereka belum lagi di uji" demikian mafhum dari ayat al quran. Umat islam dengan dasar perjuangannya yang berpandukan al quran kadangkala mereka lupa dengan dasar perjuangnya, kerana kebanyakan daripada mereka terlalu ghairah untuk meraih kemenangan, maka kekhairahan itulah yag menyebabkan mereka tersasar dengan dasar perjuangan yang mereka pegang, lalu Allah s.w.t menguji mereka
Kekhairahan mengejar kedudukan dan pangkat kadangkala melupakan mereka tentang dasar perjuangan yang mesti di ikuti, mereka kadangkala lupa dengan musuh-musuh mereka yang sentiasa tidak leka dan letih untuk memesongkan mereka dari dasar perjuangan mereka yang berpandukan kepada agama Allah, tersasulnya mereka dari dasar perjuangn, maka Allah pula mengusik perjuangan mereka dengan sesuatu perpecahan dan pertelengkahan, tujuannya ialah supaya mereka berfikir untuk kembali kepada melihat dan meneliti kepada dasar perjuangan mereka supaya mereka tidak terus menjadi sesat
Di negara kita, hanya parti PAS yang mengambil dasar perjuangnnya daripada al quran, Hadis, Ijma Ulama dan qias sebagai panduan berjuang, sepatutnya setiap ahli perlu banyak berfikir tentang dasarnya yang mengambil kira dosa dan pahala, ertinya dasar perjuangan PAS buka boleh dinilai secara leka dan mudah, mereka tidak sepatutnya mudah di pengaruhi dan terpengaruh oleh manusia disekelilingnya yang begitu rakus untuk memburu kemenangan dan kuasa, anadainya kita terlibat dan terpengaruh dengan sikap orang lain dan alam disekelilingnya maka tunggulah kehancuran daripada Allah s.w.t
Allah s.w.t senagaja menguji manusia supaya manusia itu beringat tentang dasarn perjuanganya, berbagai-bagai ujian dan bentuknya disediakan oleh Allah terhadap manusia mukmin supaya mereka menilai kekokohan keimanan masing-masing, mereka tidak boleh menukar sebarang kemenangan yang mereka hambat itu dengan menggadaikan dasar perjuangan mereka, mereka perlulah ingat, dimana ada islam maka disana ada musuhnya, dimana ada islam maka disana ada harta benda, dimana adanya islam maka disanalah tempat syaitan dan Iblis bermain
1 orang berkata:
Dasar je Islam.....tapi perlaksanaan nya? 'rakus untuk memburu kemenangan dan kuasa ' ....terpaksa mengguna cara CAI....kan kan....
Post a Comment