Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA ISLAM TERUJI, MAKA MELAYU JUGA TERUJI

Apabila PAS diuji oleh Allah dengan berbagai-bagai ujian, maka kita maklum itu suatu fitrah yang tidak dapat hendak kita elakkan, kerana itulah janji daripada Allah s.w.t yang mengingatkan manusia bahawa "Tidak akan beriman seorang yang beriman selagi mereka belum lagi di uji" demikian mafhum dari ayat al quran. Umat islam dengan dasar perjuangannya yang berpandukan al quran kadangkala mereka lupa dengan dasar perjuangnya, kerana kebanyakan daripada mereka terlalu ghairah untuk meraih kemenangan, maka kekhairahan itulah yag menyebabkan mereka tersasar dengan dasar perjuangan yang mereka pegang, lalu Allah s.w.t menguji mereka

Kekhairahan mengejar kedudukan dan pangkat kadangkala melupakan mereka tentang dasar perjuangan yang mesti di ikuti, mereka kadangkala lupa dengan musuh-musuh mereka yang sentiasa tidak leka dan letih untuk memesongkan mereka dari dasar perjuangan mereka yang berpandukan kepada agama Allah, tersasulnya mereka dari dasar perjuangn, maka Allah pula mengusik perjuangan mereka dengan sesuatu  perpecahan dan pertelengkahan, tujuannya ialah supaya mereka berfikir untuk kembali kepada melihat dan meneliti kepada dasar perjuangan mereka supaya mereka tidak terus menjadi sesat

Di negara kita, hanya parti PAS yang  mengambil dasar perjuangnnya daripada al quran, Hadis, Ijma Ulama dan qias sebagai panduan berjuang, sepatutnya setiap ahli perlu banyak berfikir tentang dasarnya yang mengambil kira dosa dan pahala, ertinya dasar perjuangan PAS buka boleh dinilai secara leka dan mudah, mereka tidak sepatutnya mudah di pengaruhi dan terpengaruh oleh manusia disekelilingnya yang begitu rakus untuk memburu kemenangan dan kuasa, anadainya kita terlibat dan terpengaruh dengan sikap orang lain dan alam disekelilingnya maka tunggulah kehancuran daripada Allah s.w.t

Allah s.w.t senagaja menguji manusia supaya manusia itu beringat tentang dasarn perjuanganya, berbagai-bagai ujian dan bentuknya disediakan oleh Allah terhadap manusia mukmin supaya mereka menilai kekokohan keimanan masing-masing, mereka tidak boleh menukar sebarang kemenangan yang mereka hambat itu dengan menggadaikan dasar perjuangan mereka, mereka perlulah ingat, dimana ada islam maka disana ada musuhnya, dimana ada islam maka disana ada harta benda, dimana adanya islam maka disanalah tempat syaitan dan Iblis bermain

1 orang berkata:

Anonymous said...

Dasar je Islam.....tapi perlaksanaan nya? 'rakus untuk memburu kemenangan dan kuasa ' ....terpaksa mengguna cara CAI....kan kan....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.