Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESIAN GOLONGAN KECIWA

Kat KL baru-baru ni Mat Sabu menjulang kata semangat diakhir ucapannya dengan menyebut REFORMASI, REFORMASI, ALLAHU AKBAR ! hu hu, kalau dulu dia sebut TAKBIR ! sekarang dah lain sebab dia rasa HARAPAN BARU macam la dah lulus, sian dia ! GERAKAN HARAPAN BARU pula dah tak boleh pakai perkataan GERAKAN kerana parti GERAKAN dah komplain, mereka kata HARAPAN BARU adalah parti islam sebenar, kalau cam tu kena bubuh la perkataan ISLAM kat parti tu baru betul islam, ada berani ? - Pak Karamu

 Tak Serah Kerusi Pada GHB, Sedia Tandingi DAP






KUALA KRAI: PAS tidak akan menyerahkan kerusinya kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) dan percaya berpeluang untuk menang sekiranya bertanding di kerusi yang ramai pengundi bukan Islam menerusi calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).


“Mari pilihan raya akan datang ni nak tanding mana ni ? Kalau dia bertanding kerusi DAP, DAP kata hari itu aku menang dah, beri pada kamu pun tak tentu lagi menang. Nak tanding kerusi PAS ? PAS takkan bagi, kerusi ini kerusi PAS, takkan bagi. Kalau dia letak juga calon, maknanya menyambung hayat Umno.


“Tempat DAP bertanding hari tu PAS tak boleh bertanding sebab kita bincang satu sama satu. Tapi oleh kerana dia putus dengan kita, dia kerat kita, kata macam-macam ke Presiden. Kalau kita baca artikel yang dia kata ke Presiden, tak tergamak baca.


“Lalu kita buat keputusan, kita akan tanding tempat-tempat DAP bertanding, sebab kalau kita bertanding, peluang kita menang ada. Kadang-kadang tempat tu, pengundi bukan Islam mungkin dalam 45 peratus, atau 50 peratus, atau 60 peratus.

“Katakanlah, calon MCA lawan calon DAP, dua-dua Cina, pengundi Melayu nak pergi mana? Silap-silap perhitungan, bila kita letak calon, kita boleh menang. Ini kita akan analisa, kita akan buat kajian,” ujarnya pada majlis Ceramah Isu Semasa di Sungai Durian, di sini 4 Ogos lalu.

Menurutnya, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali telahpun mengisytiharkan dan meminta seluruh ahli DHPP supaya bersedia, kerana PAS mungkin meletak mereka bertanding di kerusi-kerusi DAP sekarang.

Malah katanya, PAS juga sedang menyiapkan DHPP untuk turun sama ke Sarawak sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.

Ujar beliau, penganalisa membuat kajian bahawa terdapat dua kesilapan besar GHB iaitu menubuh parti selepas kalah dalam muktamar yang memberi gambaran umum sebagai golongan kecewa. 

 
“Yang kedua, kesilapan dia mari serang Kelantan berturut-turut di Kelantan. Buat apa serang Kelantan? Kelantan ni PAS menang dah. Inipun nak mari lagi ni, nak himpun tokoh-tokoh ulama pula. Saya ingatkan semua, bahawa kita bersama dengan perjuangan Islam ni, bukan perjuangan suka-suka.

“Hendaklah kamu ikat diri kamu dengan jamaah Islam, siapa-siapa yang keluar daripada jamaah Islam walaupun sejengkal, sama buat ikatan Islam pada tengkuk dia. Na'uzubillah.Kita latih kita ajar kena terima keputusan muktamar, ini keputusan satu negara, apa salahnya?

“Bukan makna bila kita tak dipilih sebagai pemimpin, kita hilang, tak. Berapa ramai ahli PAS, berpuluh ribu ni, yang tak ada apa jawatan, terus istiqamah dengan parti, beri sumbangan kepada Islam.

“Parti tak boleh tubuh kerana kecewa, dan parti tak boleh tubuh kerana semata-mata nak lepaskan geram, sebab tak ada nilai tambah, duduk dalam tu juga, tarik menarik, akhir orang bawah jadi haru-biru habis,” nasihatnya sambil membacakan ayat 216 surah al-Baqarah berkenaan peringatan Allah bahawa perkara yang tidak disukai manusia boleh jadi baik untuk diri mereka.

Ustaz Tuan Ibrahim turut menyangkal tanggapan bahawa PAS tidak akan menang sekiranya bersendirian, sebaliknya menegaskan bahawa apabila Allah hendak memberikan kemenangan, ianya tidak akan dapat dihalang.

Menurut beliau, sejarah menyaksikan apabila berlaku keadaan di mana kerajaan tidak dapat ditubuhkan kerana tidak cukup majoriti, ketika itu parti yang bersendirian menjadi sangat penting.

“Sebab itu, kita tengok perkembangan mutakhir ini menarik. Walaupun ada sikit-sikit gelombang riak, Allah Taala uji kita sikit. Orang politik Allah uji dengan kemenangan. Allah uji sikit saja, baru menang Pulau Pinang, menang sikit Selangor, dah terbayang Putrajaya, tidur pun mimpi Putrajaya, mengigau pun Putrajaya, pasal apa?

“Bayang terkapai-kapai ni menyebabkan setengah-setengah kita tak sabar dah, baru nampak bayang-bayang pulau, terjun dah, terjun kapal dah, tinggal dah kapal yang bawa dia selama ni. Kita ni tak ada apa-apa kalau tidak kerana PAS. PAS yang mengangkat kita. kita berhajat kepada PAS, PAS tak berhajat kepada kita.

“Jangan kita rasa kita hebat, tak. Hebat-hebat bekas Presiden PAS, bila keluar daripada PAS, tak ada apa-apa. Dalam sejarah PAS ini, Presiden pun pernah keluar, Timbalan pun pernah keluar, Naib ramai lagi, Ketua Ulama pun ada, Ketua Muslimat pun ada keluar PAS, jangan,” nasihatnya pada majlis Ceramah Isu Semasa di Sungai Durian, di sini 4 Ogos lalu.

Beliau turut mengingatkan agar menjaga diri dengan menyertai jamaah dalam semua perkara serta membiasakan diri bangun bermunajat di malam hari atau sekurang-kurangnya melafazkan istighfar kepada Allah.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Parti islam baru ganti Pas? Mat Sapu dan Geng Haprak BaruaDap (GHB) tak payah sebut islamlah kalau awal2 lagi Mursyidul Am Lim kit Siang dan Timbalan Lim Guan Eng dah bagi syarat. Cuma islam cop Dap saja boleh dipakai oleh GHB; Anthony Phua pula dah bagi perintah selagi Dap ada hudud tak boleh ditegakkan di Malaysia, maknanya GHB boleh gunapakai Islam Liberal sebagai manifestonya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.