Pas kumpul bukti sebelum ambil tindakan
KOTA BHARU - Pas sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan
maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) gerakan Harapan Baru.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada Pas pusat.
"Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Pemuda Pas Kelantan di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, hanya Jawatankuasa Pas Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai Harapan Baru.
"Jawatankuasa Pas Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.
Beliau berkata, hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti. - Bernama
1 orang berkata:
Woi.berapa kalai mahu cakap ambil tindakam daaaaa/sekarang jangan banyak cakap ,sila ambil tindakan segera.keluarkan semua ahli pas samada peminpin dan juga pengikut yang ada bukti telah bersama dengan GHB walaupan Jasad GHB masih belum muncul.dan kau Amar tak makruf jangn asombong ,teruskan tindakan mu kalau kau berani,kalau kau diam lebih baik buka seluar kleuarkan pisau potonf burung kau tu.itu nilai diri kau.
Post a Comment