Larang berceramah: Hussain sedia bagi penjelasan
SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Hussain Yee bersedia untuk memberikan
sebarang penjelasan kepada Kerajaan Negeri Johor sekiranya diberi
peluang bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul berhubung isu
larangan berceramah di negeri berkenaan.
Menurut Hussain, sebelum larangan berkenaan dikeluarkan, dia tidak
dimaklumkan serta mengadakan sebarang perbincangan dengannya terlebih
dahulu bagi memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.
Oleh sebab demikian, beliau berharap agar Kerajaan Negeri Johor dapat
memberikan ruang buat dirinya untuk mengadakan perbincangan disamping
menjelaskan isu yang berlaku tersebut secara lebih terperinci bagi
menggelakkan kekeliruan timbul khususnya dikalangan masyarakat bukan
islam.
“Kita lihat agama Islam ini begitu cantik dan kalau ada masalah dari
segi perbezaan pendapat dan maklumat, Islam telah mengajar kita untuk
selesai masalah mengikut panduan ditetapkan dalam agama.
“ALLAH juga ada berfirman di mana apabila kamu berselisih serta berbeza
pendapat dalam apa jua masalah, makan hendaklah kamu kembali kepada
al-Quran dan sunnah Nabi untuk cari penyelesaian,” katanya.
Buat masa ini, Hussain memaklumkan bahawa beliau masih belum dipanggil
oleh kerajaan negeri Johor untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai
isu tersebut
Walaupun sudah hampir 35 tahun bergiat aktif dalam bidang dakwah,
Hussain memaklumkan bahawa ini merupakan kali pertama beliau menerima
larangan bagi menyampaikan sebarang ceramah atau mengajar di negeri
berkenaan.
“Saya sendiri tidak dapat penjelasan yang jelas mengapa larangan itu
dikeluarkan namun secara umumnya pihak berkenaan mengatakan bahawa
kenyataan yang dikeluarkan oleh saya menimbulkan kekeliruan kepada
masyarakat.
“Sebab itu saya berharap agar pihak berkenaan dapat menyediakan ruang
untuk saya memberikan sebarang penjelasan mengapa larangan itu
dikeluarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Hussain yang juga merupakan ahli Majlis Syura Pulau
Pinang turut memaklumkan bahawa beliau sebelum ini juga sudah beberapa
kali terlibat dalam program-program ceramah dan mengajar di Johohr bagi
membantu menyelesaikan kes-kes murtad dan penghijrahan saudara baru.
“Bila jadi macam ini, saya pun tertanya-tanya juga apa yang saya buat sehingga mengelirukan org ramai. Saya sendiri pun keliru.
“Orang awam akan keliru kerana kita layan sesuatu isu itu ikut
pandangan. Agama tak ikut kita tapi kita kena ikut agama. Orang yang ada
ilmu agama suruh kita ikut dia, sedangkan Islam itu mudah.,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Johor mengesahkan telah mengeluarkan arahan
larangan berceramah atau mengajar agama Islam ke atas 16 penceramah
bebas di negeri ini.
Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, keputusan itu
diambil kerana mendakwa penceramah terbabit tidak sealiran dengan Ahli
Sunnah Wal Jamaah
0 orang berkata:
Post a Comment