Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TENTU ADA HAL YANG TAK KENA

Pengarah Urusan Rayani Air Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari meletakkan jawatannya berkuat kuasa akhir bulan lalu selepas empat bulan memikul tanggungjawab itu dan tugas berkenaan kini dipangku oleh pemilik syarikat penerbangan itu sendiri, Ravi Alagendrran.

Jaafar berkata, beliau berpuas hati dan gembira kerana dapat membantu menubuhkan syarikat penerbangan tersebut dan kini mempunyai prospek kerjaya baharu yang ingin diberikan tumpuan.

Katanya, misi beliau bersama Rayani Air adalah untuk membantu memperkenalkan konsep penerbangan patuh syariah dan supaya segala sistem penerbangan syarikat itu dapat dikendalikan dengan baik dan selamat.

“Saya gunakan segala pengalaman ketika bertugas selama 26 tahun di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan misi itu telah saya sempurnakan.

“Rayani Air juga telah berjaya memulakan operasi dan semakin mengembangkan sayapnya.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Jaafar memberitahu, beliau tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang bertugas di Rayani Air dan berharap syarikat itu terus berkembang maju bagi memenuhi permintaan dan citarasa para penumpang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.