Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CERITA AMANAH BERTANDING DI KERUSI PAS MASIH PANAS

APABILA AMANAH MERAYU KERUSI DARI DAP DAN PKR BAGI NEGERI SELANGOR, TERNYATA TIDAK DILAYAN, MUNGKIN DUA PARTI ITU KATA "KAMU KATA KAMU KUAT ? KAMU KATA KAMU NAK GANTI PAS ? KAMU BERTANDING LA DI KERUSI PAS, APA PULAK NAK MINTAK-MINTAK KITA ORANG PUNYA ! SENDIRI CARI TEMPAT LA !

AIYYAH, INI MACAM KAWAN KA ?  YA, YA, INI MACAM LA BARU POLITIK PUNYA HAL, DULU LU ORANG CAKAP LU ORANG MANYAK KUAT, ITU PARTI BOLA PIMPONG MESTI KASI HABIS, SIKALANG APA MACAM, LU CARI SEDIRI LA, MANA KERUSI LU MAHU LULUK ! AIYYAAH ! 

ADA URA-URA BILA AMANAH BERTANDING DIKERUSI PAS MAKA PENGUNDI PKR DAN DAP AKAN UNDI PARTI AMANAH, SEKALI GUS AMANAH AKAN MENANG DAN PAS AKAN KALAH HU HU HU. INILAH BALASAN DARI TUHAN APABILA BUAT KHIANAT, KAWAN SENDIRIPUN MENYAMPAH ! - Pak Karamu

 

'AMANAH tanding kerusi PAS kerana ditolak PKR, DAP'

Shakira Buang
8 Feb 2016, tengahari 1:00
Dikemaskini 8 Feb 2016, tengahari 1:18


Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mendapat laluan untuk bertanding di kerusi yang dimiliki PKR dan DAP, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, disebabkan itu AMANAH berhasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN dan parlimen milik PAS pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Malah, Exco kerajaan negeri Selangor itu mendakwa PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan yang keras serta menghina AMANAH bagi mengelakkan kerusi mereka terlepas kepada parti baru itu.

"Kami faham kenapa AMANAH hendak bertanding di semua kerusi PAS. (Kerana) Rayuan mereka untuk bertanding kerusi PKR dan DAP ditolak oleh kedua-dua parti itu.

"Saya juga telah membaca kenyataan keras dan menghina PKR dan DAP apabila AMANAH merayu untuk mendapatkan kerusi dari mereka. Jadi saya faham kenapa mereka terpaksa bertanding di kerusi PAS," tegas ADUN Chempaka itu kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan AMANAH Selangor sedia menentang PAS di semua kerusi DUN dan Parlimen yang kini disandang PAS.

Pengerusinya Ir Izham Hashim dilaporkan berkata, usaha mengenal pasti calon-calon mereka akan diperhalusi menjelang bulan Ramadan tahun ini.

'AMANAH dapat layanan buruk'

Mengulas lanjut Iskandar berkata beliau simpati dengan apa yang berlaku kepada AMANAH kini, namun menegaskan PAS sentiasa bersedia berdepan dengan mana-mana parti yang berhasrat menandingi mereka.

"Sebenarnya saya kasihan dengan mereka yang telah dilayan dengan buruk oleh rakan-rakan Pakatan Harapan.

"Oleh itu, kami bersedia (berdepan) dengan AMANAH dan kami yakin akan dapat mempertahankan kerusi-kerusi kami," katanya.

Bagaimanapun, Iskandar berkata AMANAH bukanlah ancaman yang serius kepada PAS.

"PAS tidak melihat PAN (AMANAH) sebagai ancaman yang serius," tambah Iskandar.

1 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Mungkinkah PAS sedang bermimpi atau sudah mula gentar? PAS lupa bahawa mereka tiada dalam Pakatan Harapan dan mereka sedang bersendirian? Bila PAS sudah tiada dalam Pakatan Harapan bermakna PAS sudah tiada dalam perjanjian untuk kerusi dalam DUN dan parlimen. Terimalah kenyataan itu walaupun pahit. Sekarang pun PAS hanya mengharap ehsan PKR duduk dalam kerajaan Selangor bukan kerana kekuatan atau perjanjian. PAS juga kena ingat kuasa yang sedia ada bukannya kekal. Rakyat semakin menjauhkan diri dari PAS yang semakin mesra Umno. Rata-rata ceramah dan kunjungan pemimpin PAS semakin kurang sambutan. PAS harus berubah dan mendekati rakyat bukannya berpolitik secara sombong dan riak sedangkan akikatnya PAS semakin terpinggir.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.