Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PECAT HUSAM BIAR PARTI LAIN PULA PUNGUT

Husam akan berdepan tindakan disiplin
Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
 
KOTA BHARU - Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa akan berdepan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti. 
 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan, sejak tahun lalu banyak aduan yang diterima mengenai Adun Salor ini.

Tegasnya, mengikut perlembagaan, empat kategori yang boleh buat aduan mengenai ahli yang melanggar tatatertib ialah Pas negeri, Pas kawasan, Pas cawangan dan Dewan-Dewan.

“Banyak kenyataan yang dikeluarkan (Husam) dilihat mencabar dan merugikan parti. Ia satu kesalahan.

“Pejabat Pas pusat akan memproses tindakan yang bakal diambil. Bila sudah siap proses, kita akan panggil,” katanya.

Tambahnya, dalam perlembagaan, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk ahli yang melanggar disiplin dan tatatertib dalam parti.

“Badan disiplin ada tiga tindakan iaitu lucutkan jawatan dalam parti, gantung keahlian dan pecat dari parti.

“Untuk kes itu (Husam), terpulang kepada jawatankuasa tatatertib. Mereka akan tengok dan kaji mana yang sesuai,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Hostel Mandarin, di sini.‎

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob juga turut hadir memeriahkan sambutan itu.
Ditanya mengenai gesaan Husam untuknya meletakkan jawatan, Takiyuddin menyifatkan ia sebagai gurauan rakan lama.

“Hak dia nak suruh letak jawatan, lagipun dia dah lama suruh Datuk Seri Najib Razak letak jawatan.

“Yang melantik saya adalah Presiden Pas dan diterima jawatankuasa parti. Dia sendiri tahu yang dia tidak boleh pecat saya.

“Jadi, saya rasa ia hanyalah gurauan rakan lama. Malah, caranya juga seperti selebriti yang dilupai dan cuba meraih publisiti,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pemimpin pas dh jadi dewa sakti nak bagi AHLI2 pas masok syurga n pemimpin2 pas kata boleh maafkn pemimpin mereka buat kesilapan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.