Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUA-DUAPUN BETUL, BOLEH JAWAB MANA CARA YANG BOLEH SELAMAT

Derma atau pelaburan: Kecelaruan fakta kelirukan rakyat
0
Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun
Aminuddin
 
SEREMBAN - Kecelaruan fakta antara Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir membabitkan status RM2.6 bilion diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengundang keresahan rakyat. 
 
Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, percanggahan itu tidak membawa sebarang manfaat kecuali menjadikan orang ramai lebih keliru dan tertanya-tanya terhadap isu berkenaan.

“Peguam Negara kata wang itu pemberian salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz al-Saud sebagai derma, manakala Menteri Luar Arab Saudi melihatnya sebagai pelaburan. 

“Sebut tentang pelaburan, mesti ada pulangan diharapkan. Persoalannya, apa dijanjikan kepada si pemberi? Adakah kedaulatan negara kita yang menjadi galang ganti? Bertambah risau kita dibuatnya bila difikirkan,” katanya. 

Menurutnya,  sepatutnya Peguam Negara mengambil langkah bijak dan mudah iaitu mengisytiharkan segala transaksi membabitkan wang itu. 

“Lebih senang jika beliau bentangkan segala transaksi keluar masuk wang itu pada kita semua, habis cerita. 

“Sekadar cakap mulut tanpa bukti, inilah jadinya. Sampai bila-bila pun masyarakat akan terus mempersoalkannya. Kena ingat, rakyat sekarang sudah bijak pandai dalam hal ehwal perbankan,” katanya.

Sebelum ini, Adel melalui kenyataannya kepada New York Times berkata, beliau tidak fikir wang RM2.6 bilion itu dari kerajaan Arab Saudi atau satu sumbangan politik.

Sebaliknya, menurut beliau, wang milik warga Saudi itu dipercayai disalurkan kepada satu ‘pelaburan di Malaysia’.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.