Tertipu dengan kolej swasta
AYER KEROH - Seorang bekas perunding akademik di sebuah kolej swasta
yang beroperasi di Alor Gajah menuntut bayaran penuh elaun dan komisen
tertunggak lebih RM5,000 sejak dia mula bekerja dua tahun lalu.
Noorhazwah Jalil, 27, berkata, dia yang bertugas berstatus tidak tetap
berasa tertipu apabila pihak pentadbiran kolej terbabit tidak
melaksanakan perjanjian ditetapkan seperti diberitahu semasa sesi temu
duga.
Menurutnya, dia dijanjikan komisen RM800 sekiranya berjaya menarik
kemasukan seorang pelajar tanpa dijelaskan tidak perlu melengkapkan
segala dokumen pelajar dan memastikan bayaran penuh dilakukan.
“Sekiranya pelajar tidak membuat permohonan lengkap untuk masuk
pendaftaran, kami tidak dibayar komisen. Kalau ikut perjanjian, kami
kena urus pendaftaran sahaja dan kami tak tahu semua dokumen perlu
diuruskan dan komisen juga akan dipotong sekiranya pelajar berhenti.
“Saya bersama rakan lain juga dipaksa bekerja seperti kakitangan tetap
dari jam 8 pagi hingga 5 petang selain dipaksa bekerja pada Sabtu dan
Ahad,” katanya ketika membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
bersama Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM).
Noorhazwah berkata, dia juga perlu menggunakan duit poket sendiri
sekiranya melakukan tugas mempromosikan kolej, selain tidak dibayar
elaun perjalanan sekiranya mengambil pelajar dari luar Melaka.
Ditanya mengenai aduan dibuat, Noorhazwah berkata, dia tidak mahu ada
pihak lain yang tertipu dengan janji-janji palsu sekiranya ingin
menyambung pengajian atau bekerja di kolej berkenaan.
Dia yang berhenti kerja November lalu bertindak sedemikian kerana sudah
tidak tahan dengan karenah pihak kolej bagaikan mengerah tenaganya demi
mengaut keuntungan besar.
“Ramai rakan-rakan saya tak berani buat aduan dan ramai pelajar juga
sudah berhenti kerana yuran pengajian tinggi selain kelas sekejap ada
sekejap tiada,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi LPKPM, Azlin Othman berkata,
pihaknya akanenyelesaikan masalah berkenaan dengan mengadakan pertemuan
dengan pihak kolej bagi menuntut jumlah tuntutan Noorhazwah.
"Sekiranya ada pekerja mengalami nasib sama tidak perlu takut untuk tampil membuat aduan di JTK
"Setiap majikan dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya
menggunakan tenaga pekerja bagi mengaut keuntungan, sebaliknya perlu
lebih mempelajari dan memahami peraturan ditetapkan JTK,” katanya.
4 orang berkata:
longchamp le pliage
pandora jewelry
bills jerseys
hollister clothing
michael kors uk
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags wholesale
instyler max 2
redskins jerseys
adidas nmd runner
broncos jerseys
ecco shoes
cheap jordan shoes
michael kors handbags
michael kors outlet
dallas cowboys jersey
nike roshe run
nike trainers uk
minnesota vikings jerseys
abercrombie and fitch
cheap jordan shoes
mlb jerseys
rolex watches
new york knicks jersey
michael kors outlet store
cleveland browns jerseys
omega watches
polo outlet
fitflops
coach outlet
adidas stan smith
new england patriots jersey
longchamp sale
hermes belts for men
michael kors outlet store
hermes belt
adidas shoes
adidas nmd
cheap jordans
cheap jordans
Post a Comment