Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG BERKUASA TAK PERNAH SALAH GUNA KUASA,

DARI PENJARA SEUMUR HIDUP LEBIH BAIK JANGAN BAGI MEREKA HIDUP, WAMAHYAYA WAMAMATI.    ....  MATI !!!!  -Pak Karamu



Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menimbangkan dahulu untuk meminda undang-undang agar pembocor rahsia rasmi negara dan wartawan yang melaporkannya dihukum penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan. 
 
Ini kerana katanya, tidak dinafikan bahawa soal amanah dalam menjaga rahsia sesebuah organisasi dan negara adalah amat penting.

"Namun, bagi mereka yang membocor rahsia atas prinsip ‘amar makruf nahi mungkar’ adalah jauh lebih mulia daripada mereka menggunakan rahsia sebagai alasan untuk tidak mengambil sebarang kesalahan yang telah berlaku.

"Oleh itu adalah lebih elok sekiranya peguam negara dapat mengkaji semula hukuman terhadap mereka yang diberi amanah tapi terbukti melakukan salahguna kuasa dan rasuah sehingga merosakkan nama baik negara agar mereka juga dihukum penjara seumur hidup," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kesemua institusi pihak berkuasa hanya boleh berfungsi sebagai ‘check and balance’ (semak dan imbang) kepada badan eksekutif sekiranya Jabatan Peguam Negara dapat mengekalkan kebebasan dan integritinya.

"Peguam negara perlu bersifat adil dan juga kelihatan adil. Malangnya, rakyat berpendapat bahawa kedua-dua elemen ini tiada pada peguam negara.

"Pas mencadangkan agar peguam negara menumpukan tenaga untuk memulihkan imej jabatannya daripada membazirkan masa memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan pihak tertentu dengan idea-idea tidak membantu seperti penjara seumur hidup kepada wartawan yang melaporkan rahsia yang dibocorkan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamad Apandi dalam wawancara sebuah akhbar mengatakan Jabatan Peguam Negara sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.

Tuan Ibrahim berkata, "buat peguam negara, ingatlah pesanan Rasulullah di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.

"Ketika Rasulullah SAW menyampaikan khutbah, tiba-tiba masuk seorang Badwi dari padang pasir yang jauh, terus bertanya kepada Rasulullah. "Wahai Rasulullah, bilakah berlakunya kiamat?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Apabila dipersia-siakan amanah."

"Dunia akan kiamat dan dihancurkan oleh ALLAH, menjadi punah-ranah apabila amanah dikhianati, dipersia-siakan dan dipermain-mainkan. Lalu Badwi itu bertanya: "Bagaimanakah mempersia-siakan amanah itu wahai Rasulullah?

Jawab Rasulullah S.A.W.: "Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya (berlaku kiamat)."

"Begitulah apabila kita mengkhianati amanah, menyalahgunakan umur, kesihatan, harta, pangkat dan segala perkara yang diberikan oleh ALLAH SWT, dengan tidak mengikut perintah ALLAH. Ingat bahawa semuanya akan dikira. Tiap-tiap orang dimatikan, tidak ada orang yang boleh menyelamatkan dirinya daripada mati. Mereka akan dibangkitkan semula dan dibicarakan di hadapan ALLAH S.W.T," ujarnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.