Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERLU APA S/USHA AGONG PAS LAYAN PENGKHIANAT ?

Pas alu-alukan Amanah cabar mereka
Takiyuddin Hassan
 
KOTA BHARU - Pas hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang. 
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota Amanah terdiri daripada kalangan bekas anggota Pas.

"(Amanah) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan, Datuk Chan Chia Ling yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan Dun yang diwakili Pas.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, tindakan Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima Pas sebelum ini.

Mengulas mengenai tindakan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti sendiri, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.

"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya. - Bernama

2 orang berkata:

Unknown said...

Jawab salah tak jawab salah.tu la perangai puak pengkomen haramjadah.

Anonymous said...

BERITA PANAS.....ceramah calon pas di setiap kampung di luar bandar sarawak telah di boikot oleh penduduk krn pemimpin pas telah menjadi dewa cina dan ramai penduduk tidak mahu mendengar ceramah pemimpin pas yang dah terpesong selama ini

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.