Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAYANI JANGAN KASI SUSAH ORANG LA !

Penumpang Rayani Air terkandas akibat masalah teknikal
Rayani Air
Rayani Air
 
LANGKAWI - Lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal. 
 
Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi ini tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.

Seorang daripada petugas di Pejabat Khidmat Pelanggan Rayani Air di sini memberitahu Bernama, tempoh untuk menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi pesawat itu belum dapat dipastikan lagi.

"Saya difahamkan bahagian kejuruteraan (Rayani Air) masih menunggu alat ganti untuk membaiki kerosakan pesawat berkenaan," kata petugas itu yang enggan mendedahkan namanya.

Menurutnya penumpang yang terjejas telah diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan feri dan bas yang disediakan oleh Rayani Air untuk kembali ke Kuala Lumpur ataupun tambang penerbangan mereka dikembalikan.

Petugas itu berkata satu lagi penerbangan Rayani Air yang dijadualkan jam 6.20 petang ini juga dibatalkan.

Sementara itu, Nor Azman Ali, seorang daripada penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan itu menyarankan Rayani Air untuk menyediakan pesawat gantian bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang terkandas.

Seorang lagi penumpang, Jaslia Samat, berkata beliau bersama-sama 12 orang lagi rakan setugasnya terpaksa mengambil cuti sehari lagi memandangkan mereka sepatutnya mula bekerja esok.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan mematuhi syariah yang pertama di Malaysia dan baru beroperasi Disember tahun lepas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.