Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUULA MAAAK, MAT SABU NGAMUUUK ! NASIB BAIK TAK KENA ANUAR

PRESIDEN PARTI AMANAH PANAS BARAN ? dia baling mikrofon kat dinding kemudian pelepoook jatuh kat lantai - Pak Karamu

Mat Sabu 'mengamuk' baling mikrofon atas pentas



Mat Sabu 'mengamuk' baling mikrofon atas pentas
Mat Sabu ketika berucap di Perhimpunan Bebaskan Anwar yang diadakan di hadapan Penjara Sungai Buluh.


SHAH ALAM - Ucapan berapi! Itulah yang boleh digambarkan tatkala Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya bersempena ‎dengan himpunan setahun pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan penjara Sungai Buloh semalam. 
Lebih dramatik Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu membaling mikrofon tatkala habis sahaja ucapannya.


Memulakan ucapan dengan 'aku memohon maaf' dan 'kita semua penakut' ucapan Mat Sabu mendapat sorakan daripada hadirin yang hadir dalam perhimpunan itu.


"Saya memohon maaf kerana anak saya empat orang semuanya sudah bergelar mahasiswa. Mereka tidak menjadi seperti mahasiswa di Indonesia, saya memohon maaf, pengikut kita banyak daripada petani dan nelayan walaupun mereka ditindas mereka tidak keluar berdemontrasi seperti di Thailand.


"Kami lemah kenapa kita tidak mengikut arus rakan-rakan kita di Filipina, Indonesia, Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Ya paling lama kita berkumpul 24 jam di Kuala Lumpur tiga hari," katanya.


Himpunan Bebaskan Anwar diadakan bersempena dengan 365 hari Anwar dipenjarakan.


Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari lalu kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan  yang berusia 23 tahun ketika kesalahan itu dilakukan pada 2008.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Nak komen apa, baca pun tak nampak huruf. Dah bertahun Pakkaramu pakai tulisan ghaib. Tak larat nak tegur dah. Tutuplah blog ni pakkaramu ooiiiiii....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.