PRESIDEN PARTI AMANAH PANAS BARAN ? dia baling mikrofon kat dinding kemudian pelepoook jatuh kat lantai - Pak Karamu
Mat Sabu 'mengamuk' baling mikrofon atas pentas
Mat Sabu 'mengamuk' baling mikrofon atas pentas
SHAH ALAM - Ucapan berapi! Itulah yang boleh digambarkan tatkala
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya bersempena dengan
himpunan setahun pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan penjara
Sungai Buloh semalam.
Lebih dramatik Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu membaling mikrofon tatkala habis sahaja ucapannya.
Memulakan ucapan dengan 'aku memohon maaf' dan 'kita semua penakut'
ucapan Mat Sabu mendapat sorakan daripada hadirin yang hadir dalam
perhimpunan itu.
"Saya memohon maaf kerana anak saya empat orang semuanya sudah bergelar
mahasiswa. Mereka tidak menjadi seperti mahasiswa di Indonesia, saya
memohon maaf, pengikut kita banyak daripada petani dan nelayan walaupun
mereka ditindas mereka tidak keluar berdemontrasi seperti di Thailand.
"Kami lemah kenapa kita tidak mengikut arus rakan-rakan kita di
Filipina, Indonesia, Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Ya
paling lama kita berkumpul 24 jam di Kuala Lumpur tiga hari," katanya.
Himpunan Bebaskan Anwar diadakan bersempena dengan 365 hari Anwar dipenjarakan.
Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari lalu kerana meliwat
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berusia 23 tahun
ketika kesalahan itu dilakukan pada 2008.
1 orang berkata:
Nak komen apa, baca pun tak nampak huruf. Dah bertahun Pakkaramu pakai tulisan ghaib. Tak larat nak tegur dah. Tutuplah blog ni pakkaramu ooiiiiii....
Post a Comment