Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA PIMPINAN PAS WAJIB BERTEGAS MACAM PSURUHJAYA PAS PAHANG NIH

‘Jangan bertanding di kawasan Pas’
‘Jangan bertanding di kawasan Pas’
Rosli (kanan) berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Cawangan Temerloh Jaya.
 
TEMERLOH - Pas bertegas mahu mempertahankan semua kerusi yang ditandingi parti itu sebelum ini dalam PRU14. 
 
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abd Jabar berkata, PKR diingatkan supaya mengawal rakannya dalam Pakatan Harapan supaya tidak bertanding di kawasan Pas, jika tidak mahu pertandingan tiga penjuru.

Menurutnya, Pas tidak akan menarik diri apabila berlaku pertandingan tiga penjuru jika Pakatan Harapan bertanding di kawasan sama dengan Pas.

“Pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kawasan sama sebab itu kita nasihatkan PKR supaya menasihati rakan mereka supaya tidak bertanding di kawasan milik Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Cawangan Taman Temerloh Jaya di sini.

Menurutnya, Pas bebas bertanding di mana-mana kerusi yang difikirkan berpotensi, namun tidak akan mengganggu kawasan rakan tahaluf siyasinya.

Dalam PRU13 lalu, Pas Pahang menang tiga kerusi Dun iaitu di Beserah, Tanjung Lumpur dan Kuala Semantan manakala kerusi parlimen dimenangi di kawasan Parlimen Temerloh menerusi Nasruddin Hasan yang menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah dari BN.

Bagaimanapun, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamed melompat parti menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) beberapa bulan lalu.

Rosli berkata, Pas akan mempertahankan kerusi Dun Kuala Semantan dalam PRU14 tanpa menghiraukan sama ada parti itu bertanding atau tidak.

Katanya, dasar Islam yang diperjuangkan Pas tidak pernah berubah dari dahulu sehingga kini.

Beliau berkata, penegasan Pakatan Harapan bahawa parti itu menolak syariah Islam yang dipersetujui kesemua anggotanya baru-baru ini seharusnya menyedarkan pengundi Islam bahawa tiada masa depan bagi penganut Islam jika parti itu berkuasa di Putrajaya.

Menurutnya, parti-parti lain kesemuanya memperjuangkan sekular sama seperti Umno/BN dan ia menunjukkan bahawa tidak akan ada perubahan jika rakyat menyokong parti berkenaan.

“Sudah jelas kenyataan parti berkenaan menolak sistem Islam secara total tanpa dolak dalih lagi, jadi apakah yang diperjuangkan oleh bekas ahli Pas dalam parti itu,” katanya.

Rosli berkata, ia berbeza dengan perjuangan Pas kerana dasar Islamnya yang menguntungkan di dunia dan akhirat, Pas menolak fahaman seperti sosialis dan liberal dengan jelas.

"Apa yang Pas perjuangkan sejak penubuhannya pada 1951 hanyalah menyampaikan risalah ALLAH, ia bukan hak Pas tetapi hak ALLAH.

“Kita hanya menyampaikan risalah ALLAH, kita tidak rugi apa-apa andainya rakyat menolaknya, sebaliknya mereka yang menolak Islam itulah yang akan rugi di dunia dan akhirat,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Penjual agama

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.