Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SILAP LANGKAH AKHIRNYA JADI MERAPU

Selasa, 2 Februari 2016

Apabila Si Harum Manis Mengidap Sindrom Mahatdirisme.

GANR
Sindrom Mahatdirisme telah menjangkiti si Harum Manis yang cantik diluar tetapi rosak di dalam. Tiada satu pun yang betul bagi beliau setelah tiada lagi jawatan dalam kerajaan negeri. Apatah lagi dengan kekecewaan untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang di janjikan oleh Bro Anwar jika Pakatan menang pada PRU 13 yang lepas tidak kesampaian. 

Anak didik al-Marhum TGNA yang diharap boleh memimpin PAS pada masa hadapan. Beliau amat di sayangi oleh al-Marhum sehinggakan jika ada wartawan bertanya tentang batang tubuh Harum Manis, al-Marhum terus bertenaga menceritakan kebaikannya kerana beliau diakui amat disayangi oleh al-Marhum. Tetapi apakan daya di akhir hayat al-Marhum beliau telah mengecewakan gurunya yang menantang minyak yang penuh sehinggakan al-Marhum keluar dewan bila Harum Manis menghentam kerajaan negeri.

Dari SU kepada Adun dan diangkat menjadi Exco paling kanan walau pun ramai lagi yang lebih layak darinya. Semasa berkuasa tiada siapa yang berani membantah idea-ideanya kerana hormat kepada TGNA. Sekarang beliau secara terang-terangan menyerang kerajaan Kelantan dan PAS setelah tiada kuasa dan tempat bergantung. Semua yang kerajaan Kelantan lakukan tiada satu pun yang betul melainkan salah dan salah.

Gua boleh katakan yang beliau sudah berubah hati dari PAS kepada PAN tetapi tidak melepaskan jawatan kerana terikat dengan Bai'ah kepada PAS. Beliau tahu yang beliau sudah tidak lagi popular di kalangan akar umbi PAS dan yang pasti namanya mungkin tiada senarai sebagai calon PAS baik di dun mahu pun parlimen. 

Serangan-serangan beliau yang bertali arus terhadap kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS hanyalah taktik agar beliau dipecat keahlian. Dengan pemecatan itulah beliau terlepas dari Bai'ah tetapi gua tak nampak PAS sebodoh itu untuk memberi jalan mudah kepada si Harum Manis. 

Harum Manis rasa beliau cukup hebat untuk meremehkan segala gerak kerja kerajaan Kelantan sehingga sanggup menjadi saksi syarikat yang menyaman dua anak syarikat kerajaan Kelantan berkaitan Lebuh raya Rakyat sebanyak RM 230 juta sedangkan beliau adalah pengerusi salah satu anak syarikat itu, beliau juga bekas Exco dan arkiteknya ketika itu.

Sekarang beliau menyerang timbalan menteri besar dan setiausaha agung PAS kerana di tuduh gagal membawa usul pindaan akta 355 ke parlimen. Sedangkan sebagai bekas Exco kanan, beliau lebih mengetahui akan prosedurnya tetapi beliau lebih selesa menyalahkan orang lain dari memberi idea. Mungkin kerana sifat Harum Manis yang hijau di luar tetapi oren di dalam membuatkan pemikiran semakin pendek. 

Jika beliau seorang yang beramanah, mungkin beliau boleh menjawab bagaimana senarai projek cetusan beliau boleh rugi dari mencari kesalahan orang lain. Bagaimana beliau boleh mewujudkan terlalu banyak projek yang membawa keuntungan berbilion kepada kerajaan negeri Kelantan Di atas kertas boleh ler tengok keuntungan yang beliau janjikan tetapi hanya sekadar melihat, bila gagal beliau cuba menyalahkan orang lain dengan harapan kerugian yang beliau lakukan tidak diketahui. Di bawah adalah senarai projek-projek beliau cuba beliau sembunyikan.
  • Projek Kambing Jamnapari
  • Projek Tanaman Tepu, Gua Musang
  • Projek Pelabuhan Darat, Kuala Krai
  • Pusat Peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang (RM1.5 bilion)
  • Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat
  • Projek Agro Tourism, Jeli
  • Pusat Pelancungan Danao, Tok Uban
  • Bandar Perikanan Tok Bali
  • Bandar Baru Pengkalan Kubor
  • Projek Stadium Baru
Sekadar hanya beberapa projek cetusan idea hebat si Harum Manis yang hebat di sebut tetapi sakit mata memandang. Memang projek-projek yang bernilai ratusan juta sehingga bilion memerlukan kerja berpasukan, kenapa beliau tidak menyebut langsung projek-projek ini. Sindrom Mahatdirisme sahaja berpegang jangan sebut kegagalan tetapi sebutlah kejayaan-kejayaan berulang kali. Inilah sikap kecewa orang yang gila kuasa dan biarkan ia kerana tiada membawa mudarat bagi yang tahu./GARN
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.