Selasa, 2 Februari 2016
Apabila Si Harum Manis Mengidap Sindrom Mahatdirisme.
Sindrom Mahatdirisme telah menjangkiti si Harum Manis yang cantik diluar
tetapi rosak di dalam. Tiada satu pun yang betul bagi beliau setelah
tiada lagi jawatan dalam kerajaan negeri. Apatah lagi dengan kekecewaan
untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang di janjikan oleh
Bro Anwar jika Pakatan menang pada PRU 13 yang lepas tidak kesampaian.
Anak didik al-Marhum TGNA yang diharap boleh memimpin PAS pada masa
hadapan. Beliau amat di sayangi oleh al-Marhum sehinggakan jika ada
wartawan bertanya tentang batang tubuh Harum Manis, al-Marhum terus
bertenaga menceritakan kebaikannya kerana beliau diakui amat disayangi
oleh al-Marhum. Tetapi apakan daya di akhir hayat al-Marhum beliau telah
mengecewakan gurunya yang menantang minyak yang penuh sehinggakan
al-Marhum keluar dewan bila Harum Manis menghentam kerajaan negeri.
Dari SU kepada Adun dan diangkat menjadi Exco paling kanan walau pun
ramai lagi yang lebih layak darinya. Semasa berkuasa tiada siapa yang
berani membantah idea-ideanya kerana hormat kepada TGNA. Sekarang beliau
secara terang-terangan menyerang kerajaan Kelantan dan PAS setelah
tiada kuasa dan tempat bergantung. Semua yang kerajaan Kelantan lakukan
tiada satu pun yang betul melainkan salah dan salah.
Gua boleh katakan yang beliau sudah berubah hati dari PAS kepada PAN
tetapi tidak melepaskan jawatan kerana terikat dengan Bai'ah kepada PAS.
Beliau tahu yang beliau sudah tidak lagi popular di kalangan akar umbi
PAS dan yang pasti namanya mungkin tiada senarai sebagai calon PAS baik
di dun mahu pun parlimen.
Serangan-serangan beliau yang bertali arus terhadap kerajaan Kelantan
dan pimpinan PAS hanyalah taktik agar beliau dipecat keahlian. Dengan
pemecatan itulah beliau terlepas dari Bai'ah tetapi gua tak nampak PAS
sebodoh itu untuk memberi jalan mudah kepada si Harum Manis.
Harum Manis rasa beliau cukup hebat untuk meremehkan segala gerak kerja
kerajaan Kelantan sehingga sanggup menjadi saksi syarikat yang menyaman
dua anak syarikat kerajaan Kelantan berkaitan Lebuh raya Rakyat sebanyak
RM 230 juta sedangkan beliau adalah pengerusi salah satu anak syarikat
itu, beliau juga bekas Exco dan arkiteknya ketika itu.
Sekarang beliau menyerang timbalan menteri besar dan setiausaha agung
PAS kerana di tuduh gagal membawa usul pindaan akta 355 ke parlimen.
Sedangkan sebagai bekas Exco kanan, beliau lebih mengetahui akan
prosedurnya tetapi beliau lebih selesa menyalahkan orang lain dari
memberi idea. Mungkin kerana sifat Harum Manis yang hijau di luar tetapi
oren di dalam membuatkan pemikiran semakin pendek.
Jika beliau seorang yang beramanah, mungkin beliau boleh menjawab
bagaimana senarai projek cetusan beliau boleh rugi dari mencari
kesalahan orang lain. Bagaimana beliau boleh mewujudkan terlalu banyak
projek yang membawa keuntungan berbilion kepada kerajaan negeri Kelantan
Di atas kertas boleh ler tengok keuntungan yang beliau janjikan tetapi
hanya sekadar melihat, bila gagal beliau cuba menyalahkan orang lain
dengan harapan kerugian yang beliau lakukan tidak diketahui. Di bawah
adalah senarai projek-projek beliau cuba beliau sembunyikan.
- Projek Kambing Jamnapari
- Projek Tanaman Tepu, Gua Musang
- Projek Pelabuhan Darat, Kuala Krai
- Pusat Peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang (RM1.5 bilion)
- Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat
- Projek Agro Tourism, Jeli
- Pusat Pelancungan Danao, Tok Uban
- Bandar Perikanan Tok Bali
- Bandar Baru Pengkalan Kubor
- Projek Stadium Baru
Sekadar hanya beberapa projek cetusan idea hebat si Harum Manis yang
hebat di sebut tetapi sakit mata memandang. Memang projek-projek yang
bernilai ratusan juta sehingga bilion memerlukan kerja berpasukan,
kenapa beliau tidak menyebut langsung projek-projek ini. Sindrom
Mahatdirisme sahaja berpegang jangan sebut kegagalan tetapi sebutlah
kejayaan-kejayaan berulang kali. Inilah sikap kecewa orang yang gila
kuasa dan biarkan ia kerana tiada membawa mudarat bagi yang tahu./GARN
3 orang berkata:
bila pemimpin pas tak leh di tegur... maka saling tak tumpah mcm perangai pemimpin umno...jadi pas= umno....
i've nothing to say may lord...i rest my case....
Rehat la husam oii.nampaknya la ni dah makin merapu.
ninest123 16.02
louis vuitton, louis vuitton, longchamp outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, michael kors, nike free, longchamp outlet, louboutin, ugg boots, burberry, prada outlet, tiffany jewelry, oakley sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, uggs on sale, burberry outlet online, tory burch outlet, prada handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ugg boots, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, louis vuitton outlet, chanel handbags, jordan shoes, ugg boots, christian louboutin outlet, longchamp, replica watches, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, tiffany and co, nike air max, oakley sunglasses, louis vuitton, replica watches, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, ray ban sunglasses, louboutin shoes, oakley sunglasses, nike air max, gucci outlet
Post a Comment