Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TABUNG HAJI WAJIB JAWAB, APA ALASAN ? JANGAN PUTAR-PUTAR

Tabung Haji perlu jelas perbezaan bonus
Tabung Haji
 
SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) digesa menjelaskan mengenai perbezaan pemberian bonus sebanyak lima peratus kepada pendeposit yang sudah menunaikan haji dan lapan peratus kepada yang belum menunaikan haji. 
 
Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor berkata, ini kerana timbul kekeliruan dalam sesetengah pendeposit yang menyangka TH memberi lapan peratus bonus kepada semua pendepositnya.

“Kami ada dapat aduan daripada pendeposit yang sudah menunaikan haji. Mereka menyangka turut mendapat bonus sebanyak lapan peratus.

“Namun, apabila pergi ke pejabat TH, mereka dimaklumkan cuma mendapat lima peratus. Maknanya masih ada yang keliru dengan pengumuman bonus oleh TH ini,” katanya, semalam.

TH kelmarin mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bonus tambahan tiga peratus diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji sekali gus menjadikan bonus keseluruhan lapan peratus.

Mengulas lanjut, Faizan berkata, antara persoalan ditimbulkan pendeposit ialah mengapa pemberian bonus tidak diselarikan kepada pendeposit yang sudah dan belum menunaikan haji.
“Mereka ingin tahu apa mekanisme digunakan TH untuk membezakan mereka yang dapat lima peratus dan lapan peratus.

“Mereka juga mahu TH mendedahkan jumlah pendeposit yang sudah menunaikan haji sama ada lebih ramai atau sedikit berbanding yang belum menunaikan haji,” katanya.

Jelasnya, pelbagai khabar angin yang melanda TH kebelakangan ini turut menambah kebimbangan pendeposit.

“Sebagai pendeposit, mereka ada hak untuk tahu ke mana wang mereka dilaburkan oleh TH. Apakah bentuk pelaburan yang dibuat oleh TH?,” soalnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.