'Yang anda mengata tidur itu abah saya...'
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
KAKI “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my
one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak
pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak
pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam
bukan Islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.
Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata-mata nak
burukkan abah. Orang yang rakam video tu merangkak la dekat padang
masyar minta maaf sebab sebar fitnah.
But don’t worry abah dah maafkan pun. Macam tulah bila dah rasa diri
bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa
confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.
Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda Master, takda PHD, apatah lagi
Diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli
motivasi/professional trainer.
Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga
dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja
jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it.
Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan
tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam
riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula
dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact.
Mana ada istilah pakai cable/ bapak macam orang sekarang. Tidak
disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna
belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share
status dalam Facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang
kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri.
Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka Master ka PHD dan lepas
tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik
semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets
dan post pencapaian dekat Facebook.
Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan Pas tak ada
orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup
nak galas tanggungjawab tu? Kan?
Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan
jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat
PRU13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa
sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat.
Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang
sulung dalam perut lagi. We all okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah,
dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat
jawatan. Untung badan.
Abah ada cakap apa tak? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat
parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong
kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas
mencantas memang asam garam politik.
Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah
fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I
respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih.
Hak mengutarakan pendapat.
I don’t care, even my friend can say anything they want. It just that,
don’t use abusive language. Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik
tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni.
Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka,
yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. Paling menarik
ada yang komen suruh balik main dengan cucu.
Oh that part, kena perenggan baru.
Sejak habis PRU13 dan abah mula tugas sebagai Timbalan KPDNKK,
percayalah dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke
hari ini abah ulang alik KL ke Kedah without fail. Mana kerja di KPDNKK.
Mana kerja di sini lagi.
So don’t say he doesn’t care at all about Kedah or his work. You know
nothing. Dah berapa penggal dia jaga Dun? Fikirlah sendiri. Saya yang
baru bekerja nak balik Kedah sebulan sekali pun rasa letih.
Not a single word saying he’s tired working nearly forty years for his
family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never
complained and still people talk shit about him.
Macam saya katakan tadi, saya hormat dan sangat OK dengan manusia yang
sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend.
I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent
language. Is it too hard?
Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu ALLAH bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.
I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku
cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I’m so
grateful that I’ve cut you off before all this thing happen. At least
kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila
nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/ tajaan, nak minta tukar
kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta
nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun
saya tak menyesal. Sumpah.
Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak
berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard
warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa
dekat padang masyar nanti?
Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah
pada ALLAH. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab. Berdoalah
anda para keyboard warriors sekalian sebab kalau sumpah seranah bukan
ALLAH dengar pun.
Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka
jadilah. Rezeki, ajal, jodoh ALLAH yang tentukan. What’s yours will
always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how
hard you fight for it.
Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang Kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).
Insya-ALLAH, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan
anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal
abah.
Takpalah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahdu seorang
ibu bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami.
Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors
sihat hendaknya serta dirahmati ALLAH dunia akhirat, dapat belajar
oversea dan tidak dipanah petir.
Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang benar,
LUAHAN HATI ANAK BONGSU.
1 orang berkata:
jordan shoes
longchamp online shop
yeezy boost
yeezy boost 350
michael kors outlet
air max thea
air jordan shoes
nike air zoom pegasus 32
adidas stan smith
longchamp handbags
achang
Post a Comment