Mukhriz lebih bertuah dari Ahmad Said, Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat senario pertukaran menteri
besar yang berlaku sebelum ini di Terengganu dan Selangor berbeza dengan
kes terbaharu di Kedah melibatkan, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik
berkata, kedua-dua bekas menteri besar itu, Datuk Seri Ahmad Said dan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus malap dan menjadi ‘low profile’ sejak
disingkirkan.
“Hal ini amat berbeza dengan Mukhriz. Beliau mempunyai kelebihan
sebagai anak bekas Perdana Menteri dan lebih bertuah ialah anak kepada
Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang memberikan kredit lebih kepadanya.
“Mukhriz tidak pernah dikenali sebagai pejuang dalam karier politiknya
semenjak zaman Pemuda Umno, namun bayangan Tun M memberikan kredit yang
banyak di dalam karier politik beliau.
"Ini tiada pada kedua-dua bekas menteri besar di Selangor dan Terengganu itu,” katanya kepada Sinar Online.
Pada Mei 2014 lalu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai
Menteri Besar Terengganu menggantikan Ahmad Said manakala pada September
tahun sama, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai
Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.
Semalam, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pula dilantik sebagai
Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Mukhriz setelah krisis yang
berlarutan kira-kira dua minggu.
Mengulas lanjut, Dr Maszlee menyatakan keyakinannya bahawa selepas dua
contoh pertukaran menteri besar dari Umno itu, tiada lagi mana-mana
menteri besar yang berani 'menegur' mengkritik Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak terhadap isu-isu yang mengelilingi Presiden Umno
itu.
“Persoalan sama ada Ahmad Bashah mampu menyaingi Mukhriz bukan prioriti
utama Umno sekarang. Pemecatan Mukhriz merupakan isyarat Najib kepada
para pemimpin Umno agar tidak melawannya.
“Najib telah berjaya memperkemaskan cengkaman kuasanya di peringkat para pemimpin negeri-negeri di bawah pentadbiran BN.
“Tapi, apa yang pasti agak mustahil untuk Ahmad Bashah menjadi
pengganti lebih baik seperti Azmin di Selangor. Namun, jika kerajaan
pusat boleh menyalurkan sejumlah besar projek ke Kedah, maka Ahmad
Bashah akan menjadi bintang,” katanya.
Namun katanya, susulan keadaan ekonomi yang sakit mutakhir ini perkara tersebut agak sukar.
“Kecuali jika terdapat Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang besar masuk ataupun Kedah menemui telaga minyak baru,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia
Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir melihat, pertukaran
ketiga-tiga menteri besar di Terengganu, Selangor dan Kedah susulan
pemimpin itu sudah tidak lagi disenangi parti mahupun sebahagian Adun.
“Presiden parti yang memilih mereka untuk menjadi menteri besar. Jadi
apabila seseorang menteri besar itu sudah tidak lagi disenangi atau
tidak lagi mendapat sokongan sebahagian besar Adun seperti yang berlaku
di Kedah, maka beliau (menteri besar) tidak mempunyai pilihan kecuali
berundur.
“Itu juga sebenarnya jalan terbaik untuk mengelakkan krisis politik
berlarutan sehingga boleh menjejaskan pentadbiran negeri. Lebih-lebih
lagi bagi Umno di mana kedudukannya di Kedah misalnya tidaklah begitu
mantap. Jadi, apa-apa sahaja boleh berlaku,” katanya.
Menyentuh soal suasana di Selangor dan Terengganu yang kian reda sejak
krisis pertukaran menteri besarnya, beliau mengingatkan dengan
menggunakan perumpamaan bahawa ‘air yang tenang jangan disangka tiada
buaya’.
“Jika kem yang sebelum ini menyokong menteri besar terdahulu dapat
diredakan, maka itu peluang untuk menteri besar yang baharu. Paling
penting untuk beliau menjelaskan kepada rakyat.
“Menjadi tugas menteri besar yang baharu untuk merapatkan barisan dan
memastikan segala kelemahan yang didakwa terhadap menteri besar
terdahulu dapat diselesaikan serta mengemukakan strategi terbaik untuk
pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Akui pengganti di Selangor dan Terengganu berjaya merebut kembali hati penyokong setakat ini namun bukan sepenuhnya.
“Kejayaan itu bergantung pada pendekatan yang digunakan oleh menteri
besar yang baharu. Menteri besar di Selangor dan Terengganu ini
kelihatan seorang pemimpin yang berhemah, bertindak sesuai dengan
aspirasi dan kehendak rakyat di negeri masing-masing.
“Jadi, pendekatan demikian telah memberi keyakinan kepada rakyat dan
pengundi di kedua-dua negeri itu untuk memberi sokongan kepada mereka
berdua ini. Jadi, personaliti dan pendekatan menteri besar baharu ini
banyak menentukan bagaimana reaksi rakyat selepas ini sebagaimana yang
terbukti di Selangor dan Terengganu,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Jeniri berkata, cabaran terbesar yang menanti
pengganti itu adalah untuk memastikan pisang tidak berbuah dua kali
dalam PRU14 ini.
“Jika di Kedah, Ahmad Bashah perlu memastikan Kedah tidak terlepas ke
tangan Pas dalam PRU14. Namun, setelah apa yang berlaku, saya tidak
fikir itu tugas dan tanggungjawab yang mudah,” katanya.
Tambahnya, berdasarkan kenyataan berbaur positif yang dibuat oleh Ahmad
Bashah terhadap Mukhriz, beliau melihat potensi buat Adun Bakar Bata
itu menstabilkan suasana namun tidak dapat menjangkakan tempoh yang
bakal diambil.
2 orang berkata:
Whos next hu hu hu.pengumpulan para pelanun sedang berlaku
jordan shoes
longchamp online shop
yeezy boost
yeezy boost 350
michael kors outlet
air max thea
air jordan shoes
nike air zoom pegasus 32
adidas stan smith
longchamp handbags
achang
Post a Comment