Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SABAQ JE LA

Ahmad Bashah tergores viral gambar 'terlena'
Ahmad Bashah tergores viral gambar 'terlena'
Gambar Ahmad Bashah yang diviralkan pihak tidak bertanggungjawab.
 
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akui tergores tindakan pihak tertentu viralkan gambarnya ‘terlena’ ketika Istiadat Pelantikan Menteri Besar di Istana Anak Bukit, semalam.

Katanya, tindakan itu lebih kepada bermotifkan serangan peribadi.

“Tutup mata ini semua orang boleh tutup. Tapi masa itu dia tidak perlu ambil. Kalau saya tak disebut-sebut sebagai Menteri Besar, gambar saya pun dia tak ambil.

“Takkan kita nak buka mata saja, pastilah tutup (kelip). Pada saya, ini tindakan satu kumpulan yang nak menghina orang,” katanya, semalam.

Sebelum ini gambar Adun Bakar Bata itu terlena ketika ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah semasa Istiadat Pengurniaan Bintang di Istana Anak Bukit turut diviralkan.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara sinis menasihatkan Ahmad Bashah supaya  tidak terlena pada majlis itu ketika pengumuman peletakan jawatannya, kelmarin.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah kelmarin, menafikan nya terlena sebaliknya hanya memejamkan mata menghayati ucapan tuanku.

“Saya cukup tergores. Sepatutnya tidak perlu hina orang sampai begitu. Kita mesti ingat, suatu hari nanti kita akan menghadap-Nya (ALLAH) sama-sama. Tapi janganlah menghina orang sampai fokus macam itu.

“Apakah dapat upahan dan sebagainya. Kalau tak boleh pejam mata, kenapa orang lain pejam mata dia tak ambil pun,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu juga tidak mahu melayan sekiranya ada pihak yang nak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.