Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UCAPAN AZMIN DARI MAKKAH

Azmin tidak hadir Himpunan Bebas Anwar tapi...
Mohamed Azmin Ali
Mohammad Azmin ketika memberikan ucapan secara langsung menerusi aplikasi Skype dari Mekah.
 
SUNGAI BULOH - ‎Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,  tidak menghadiri Himpunan Bebas Anwar di Penjara Sungai Buloh malam ini tetapi tetap bersama penyokong dengan membuat ucapan dari Mekah. 
 
Bercakap menerusi rakaman Skype dari tanah suci itu, Mohamed Azmin mengingatkan rakyat supaya tidak melupakan pergorbanan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan negara.

"Rakyat Malaysia di mana pun anda berada jangan sekali-sekali melupakan pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita berhimpun agar teruskan obor perjuangan bagi membebaskan negara daripada cengkaman BN," katanya menerusi aplikasi itu bersempena setahun Anwar dipenjara, di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh hari ini.

Bercakap lanjut, Azmin ‎menyampaikan titipan supaya keluarga Anwar terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

"Saya berdoa agar keluarga Datuk Seri (Anwar) terus sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini," katanya.

Himpunan bebaskan Anwar diadakan bersempena genap 365 hari Anwar dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.