Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BALA, KERETA API TERBAKAR

Bahagian enjin kereta api terbakar, 310 penumpang selamat
KTMB KTM
 
SEREMBAN - Kereta api Ekspres Rakyat terbakar kira-kira satu kilometer dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Gadut, dekat sini, petang tadi ekoran kerosakan enjin. 
 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata,‎ dalam kejadian 2.35 petang itu, seramai 310 penumpang kereta api termasuk pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Kereta api Ekspres Rakyat itu sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Butterworth, Pulau Pinang. Kebakaran itu berlaku akibat kerosakan enjin yang menyebabkan 80 peratus bahagian enjin dan tempat pemandu hangus.

"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada 2.49 petang berjaya memadam dan mengawal api 10 minit kemudian daripada merebak ke gerabak yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua penumpang telah diarahkan turun dan berjalan balik ke stesen KTMB Sungai Gadut.

Bagaimanapun, katanya pemandu kereta api mengalami cedera ringan melecur di bahagian jari.

Seramai 21 anggota melibatkan tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Senawang dan Rembau dikerah ke lokasi kejadian. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.