Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bagi pelempang je, sikap dia tak layak sebagai tim. ketua menteri

Isu Zakir Naik: GPMS kutuk Ramasamy
P. Ramasamy



GEORGETOWN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk sekerasnya-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P.Ramasamy menggelar pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan dan penipu'.

Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata, sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial Facebook..

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, Ramasamy sepatutnya tahu tindakan menyekat atau menghalang agama lain melaksanakan ajaran mereka adalah salah di sisi undang-undang.

Ramasamy perlu lebih rasional dan bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu latar belakang Zakir sebelum membuat tuduhan melulu dan tidak berasas, katanya.

"Kami mencadangkan Ramasamy dapat melapangkan masa dan berlapang dada mendengar sendiri ceramah yang bakal disampaikan anak Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik pada 15 April ini di Kompleks Masyarakat Pulau Pinang.

"Semoga dengan kehadiran beliau mampu mengubah persepsi negatif dan dakwaan bersifat emosional terhadap Dr Zakir Naik dan Islam," katanya. - Bernama

4 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Tak nak lempang sekali Pemuda MIC, Hindraf dan pada orang yang arahkan program dibatalkan kah?

Anonymous said...

Kita halau paria ni keluar dari malaysia nak.....

Anonymous said...

pan sokong ramasamy ke tak? hrp pmimpin prti islam tu tak merapu lg.

Unknown said...

Apa bukti PAN parti islam? Perlembagaan pun x de..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.