Buli: Enam lagi ditahan
KUALA LUMPUR - Polis menahan enam orang lagi suspek semalam untuk
membantu siasatan insiden dua pelajar sekolah menengah dipukul oleh
sekumpulan pelajar di Jalan Wangsa Siaga, di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohd Roy Suhaimi Shariff berkata
hari ini, keenam-enam suspek berumur 14 hingga 17 tahun ditahan di
Gombak dan Ampang dekat sini.
"Polis mahu saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Penangkapan enam suspek menjadikan jumlah mereka yang ditahan setakat kini ialah 18 orang.
Pada Khamis, 12 suspek berumur 14 dan 18 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Dalam insiden itu yang berlaku pada 2.45 petang, kedua-dua mangsa
dibelasah menggunakan kayu, topi keledar dan besi apabila motosikal yang
mereka naiki terjatuh apabila sekumpulan orang mengejar mereka.
Kedua-dua pelajar yang cedera dihantar ke Hospital Ampang.
Mohd Roy berkata siasatan awal mendapati bahaswa insiden itu berpunca daripada pergaduhan membabitkan dua kumpulan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment