Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIGANTUNG TUGAS


Guru pukul pelajar digantung tugas
Guru pukul pelajar digantung tugas
Laporan Sinar Harian 7 April lalu.

ALOR SETAR – [DIKEMASKINI]  Seorang guru agama sambilan di Sekolah Model Khas Baling digantung tugas serta merta kerana didakwa mencederakan tiga pelajar perempuan tingkatan satu pada 4 April lalu.

Tindakan intervensi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling dan sekolah diambil setelah siasatan awal dibuat, termasuk perjumpaan antara pelaku dengan waris pelajar terbabit.

Pengarah JPN Kedah, Datin Azuyah Hassan berkata, pihaknya memandang serius insiden itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Saya dimaklumkan pelaku mengarah pelajar-pelajar untuk mengambil al-Quran dan hadir ke kelas al-Quran pada jam 8 malam.

“Pelaku mendakwa mangsa (pelajar) tidak serius dan main-main. Pelaku marah dan bertindak membaling kerusi plastik ke arah mangsa. Itu yang kita boleh kesan,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke bilik rawatan dan dan diberi rawatan kecemasan oleh warden bertugas.

“Pemantauan susulan dibuat oleh warden asrama pada jam 9.30  hingga 12.30 malam. Bagi mereka rehat dulu sebab nak pergi ke hospital jauh.

“Pada keesokan hari, semua mangsa dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan kira-kira jam 9.30 pagi,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cedera dipukul guru sambilan]

Beliau berkata, status terkini keadaan dua daripada tiga mangsa berkenaan tidak terlalu serius dan diberi cuti rehat beberapa hari.

“Tahap kesihatan terkini Siti Farhana Mohd Ayub mengalami sakit bahagian pinggang manakala Irdina Safiyya Amran luka di kepala dan tiada kecederaan serius setelah dibuat x-ray.

“Seorang lagi mangsa, Farrah Izzati Mohamad mengalami retak di bahagian tangan berhampiran jari manis dan jari kelingking sebelah kanan. Dia diberi cuti sakit selama sebulan,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah mengadakan mesyuarat permuafakatan pada 6 April lalu bersam semua waris dan pelaku.

“Waris dapat menerima dan memahami situasi yang berlaku. Pelaku yang berkhidmat selama 15 tahun di sekolah itu juga memohon maaf kepada waris.

“Pada masa sama, semua waris bersetuju menyerahkan kepada sekolah untuk menyelesaikan kes. Pada peringkat JPN, PPD dan sekolah kita anggap kes itu selesai, tapi ia masih dalam siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata, guru agama yang berusia lingkungan 40-an itu dilantik dan dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk mengajar kelas Tajwid pelajar asrama pada setiap Ahad, Isnin dan Selasa dari jam 8 hingga 9 malam.

Guru itu juga berperanan menyampaikan kuliah selepas Maghrib dan Subuh serta mengajar kelas tuisyen agama untuk murid tahun enam.

“Berikutan itu, saya mengarahkan pegawai PPD menziarahi mangsa di rumah masing-masing dan pastikan keperluan serta kebajikan mereka dijaga sebaik sahaja kembali ke sekolah.

“Kita juga menyediakan sesi kaunseling untuk pelajar berkenaan supaya tidak rasa susah hati dan terpinggir oleh kawan-kawan akibat insiden itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.