Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SALAH FAHAM

Bukan Islam perlu diberi penjelasan elak salah faham
?
Tidak wajar label Dr Zakir sebagai pengganas
SABARUDIN

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Inspirasi Muhibah India Muslim (Imim) berpendapat orang bukan Islam harus diberi penerangan terperinci berkenaan program melibatkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Ini kerana menurut Pengerusi Imim, Sabarudin Abdul Rahman, berlaku salah faham terhadap penganut bukan Islam berhubung program Dr Zakir terutamanya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Bagi kami, isu yang terjadi lebih kepada salah faham daripada penganut bukan Islam. Mereka tidak diberikan penjelasan yang sepatutnya.

“Ditambah pula isu ini sudah dipolitikkan. Ia seharusnya tidak berlaku,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Dr Zakir sebelum ini pernah mengadakan forum bertajuk sama, ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ di India, namun tidak mendapat sebarang tentangan daripada masyarakat di negara itu.

“Setakat ini, tidak pernah ada negara Islam yang membatalkan program Dr Zakir,” katanya.

Bagaimanapun menurut Sabarudin, beliau menyambut baik keputusan kerajaan memutuskan untuk membenarkan forum agama Dr Zakir di UTeM, Ahad ini dengan syarat tajuk asal program berkenaan ditukar.

Dalam pada itu, Sabarudin berkata, orang bukan Islam disarankan menghadiri program Dr Zakir dan bertanyakan soalan bagi merungkaikan segala persoalan negatif tentang dirinya.

“Kalau ada rasa kemusykilan, was-was, mereka boleh datang ke programnya. Dr Zakir juga mengalukan kehadiran mereka.

“Apa yang penting berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, Dr Zakir tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima jawapannya,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan membenarkan program Dr Zakir dengan syarat tajuk asal perlu ditukar selepas ia mengundang kontroversi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.