Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Surendran gagal

Surenran gagal rujuk isu perlembagaan
Surendan gagal rujuk isu perlembagaan
N Surendan

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, N Surendran gagal merujuk isu Perlembagaan berhubung Akta Hasutan yang dihadapinya, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Ab Karim berkata, tiada keperluan untuk merujuk isu tersebut kerana ia telah dijawab oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Azmi Shahrom dan lain- lain kes.

"Ketiga- tiga isu telah dijawab dan tiada keperluan untuk dirujuk," katanya.

Pada 3 Oktober 2014, Surendran memfailkan pemohonan bagi merujuk isu perlembagaan.

Ahli Parlimen Padang Serai itu didakwa di mahkamah pada 28 Ogos 2014 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dapat dibaca di laman sesawang Youtube, di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya antara 2 petang hingga 4 petang, 8 Ogos 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.