ORANG ARAB GUNUNG LEBIH TAHU APA ITU ISLAM - Pak Karamu
Masyarakat belum sedia dialog terbuka perbezaan agama
SHAH ALAM - Masyarakat Islam mahupun bukan Islam di negara ini belum
bersedia berbincang atau mengadakan sesi dialog mengenai topik perbezaan
agama secara terbuka.
Presiden Global Unity Network (Unity), Shah Kirit Kakulal Govindji
berkata, di Malaysia, topik agama terlalu sensitif untuk dibincangkan
sehingga menjadi budaya untuk tidak bercakap mengenai agama antara satu
sama lain sehingga dakwah Islam itu tidak dapat dijalankan dengan baik.
“Dialog sebegini seharusnya digalakkan agar dapat membentuk
persefahaman selain mencari kebenaran. Namun ia harus dilakukan dalam
suasana penuh beradab, saling menghormati dan tidak memperlekehkan agama
lain.
“Tetapi, masyarakat kita belum terbuka untuk membincangkan tentang
agama antara satu sama lain, tidak seperti di negara luar,” katanya
kepada Sinar Harian.
Mengulas mengenai ceramah penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dibatalkan kerana
tajuknya ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', katanya, masyarakat di
negara ini tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa mendengar
penjelasan atau hadir pada sesi dialog berkenaan.
“Kita tidak boleh terpengaruh dengan tuduhan itu sewenang-wenangnya.
Penilaian perlu dilakukan secara adil. Kerana itu, jika ada tidak
berpuas hati, datang dan dengar sendiri ceramah beliau secara semuka
dari awal sehingga habis.
“Sekiranya terdapat ucapan yang tidak benar, tidak tepat atau
memperlekehkan kepercayaan agama lain, maka nyatakan kebenaran dengan
memberi fakta yang betul (ketika sesi soal jawab) dan hadirin lain akan
menjadi saksinya,” ujarnya.
Katanya, perbincangan mengenai perbezaan agama bertujuan menangani
konflik di masa hadapan. Apabila sesuatu konflik berlaku, ia tidak mudah
disebarkan atau saling menuduh, sebaliknya, masyarakat akan saling
berhubung dan mencari penyelesaian bersama.
“Namun tidak dinafikan konflik tetap, akan terus wujud, apa lagi
Malaysia sebuah negara pelbagai terdiri daripada pelbagai kaum, agama
dan bangsa,” katanya.
Pada masa sama, Shah Kirit bersetuju bahawa dalam pelbagai agama
terdapat persamaan dari aspek nilai moral. Namun, semua agama itu tidak
sama kerana setiap satu daripadanya mempunyai perbezaan dalam doktrin
kepercayaan masing-masing.
0 orang berkata:
Post a Comment