Segera siasat, reman Guan Eng
SHAH ALAM - Seorang peguam mendesak pihak berkuasa negara ini
mempercepatkan siasatan telus dan adil termasuk mereman Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi mengelak lebih banyak berlaku
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Peguam berkenaan, Datuk Abu Backer Sidek Mohamad Zan berkata,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Peguam Negara perlu bertindak pantas menangani situasi
tersebut untuk elak undang-undang terus dipermainkan dan wujud amalan
double standard dalam siasatan.
"Demi kepentingan awam, saya minta pihak berkuasa segera menahan beliau
bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Berbagai
spekulasi dan tuduhan telah dibuat banyak pihak terhadap perkara ini dan
sangat membimbangkan memandangkan ia melibatkan seseorang yang memegang
tampuk pemerintahan sesebuah negeri.
"PDRM dan SPRM khususnya seharusnya menguatkuasakan undang-undang tanpa
perlu rasa takut dan memihak atau bersifat selektif yang mana
menampakkan mereka melakukan sikap pilih kasih terhadap individu seperti
Guan Eng," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau yang pernah menjadi calon Bebas ketika PRK Bukit Gelugor 2014
memberitahu, banyak laporan polis telah dibuat terhadap Guan Eng
berkenaan transaksi melibatkan sebuah rumah banglo di Pulau Pinang dan
sebidang tanah dikenali sebagai Tanah Manggis.
"Sehingga kini, tiada langsung bunyi penahanan atau penangkapan ke atas beliau (Guan Eng).
"Sebagai peguam, saya kurang senang ada sikap pilih kasih dalam isu ini.
"Beliau seolah-olah mendapat layanan istimewa di sisi undang-undang
berbanding rakyat biasa yang sudah pasti akan ditahan, di reman dan
digeledah di rumah serta pejabat bagi mendapatkan bukti penting ke atas
tuduhan yang dilemparkan," katanya yang juga telah membuat laporan di
Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, Guan Eng dalam kenyataannya sebelum ini, mendakwa tuduhan
berkaitan rasuah oleh Shahbudin di Dewan Rakyat sebagai tidak berasas.
1 orang berkata:
Berambus lah info togel
Post a Comment