MB Kelantan selamat jalani pembedahan
KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selamat
menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya,
di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini,
hari ini.
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud berkata menteri besar itu kini sedang berehat di bawah pemantauan doktor pakar.
[ARTIKEL BERKAITAN: MB Kelantan alami pendarahan di kepala]
"Doakan beliau (Ahmad) cepat sembuh untuk kembali bersama rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengenai punca berlaku pendarahan tersebut, beliau berkata menteri
besar itu hanya menyedari berlaku pendarahan berkenaan beberapa hari
lalu.
Ahmad dimasukkan ke HUSM pada pukul 11.30 pagi semalam. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment