Bario, permata Bumi Kenyalang
BARIO - Nama Bario mungkin asing bagi penduduk Semenanjung Malaysia,
tetapi bagi masyarakat di Sarawak, Bario salah sebuah daerah cukup
terkenal.
Siapa sangka di sebalik hutan tebal dan gunung-gunung yang mencapai
2,400 meter dari paras laut, wujudnya perkampungan tanah tinggi yang
cukup istimewa.
Bario adalah sebuah daerah pedalaman yang terletak kira-kira 1,150 meter dari paras laut di kawasan timur laut Sarawak.
Perjalanan menuju ke Bario mengambil masa kira-kira 50 minit dari Miri
jika menggunakan laluan udara manakala bagi perjalanan darat pula selama
10 hingga 12 jam dari Miri.
Daerah itu merupakan kawasan penempatan bagi masyarakat Kelabit yang
terkenal dengan bekerja keras bagi menampung keperluan harian khususnya
dalam bidang pertanian.
Daerah Bario juga terkenal dengan beberapa produk pertanian mereka
seperti beras wangi (beras Bario), nanas dan garam bukit kerana
mempunyai nilai khasiat cukup tinggi.
Pada 2 April lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek mengadakan lawatan kerja sulung ke Bario bagi
melihat lebih dekat proses pertanian di kawasan tersebut dan sesi
beramah mesra dengan penduduk di sana.
Beberapa lokasi seperti tempat pemprosesan garam bukit, kilang beras, sawah dan ladang nenas dilawati Ahmad Shabery.
Beliau melahirkan rasa teruja tiba di Bario bukan sahaja keunikan pertanian yang ada di daerah itu malah keramahan penduduknya.
“Pertama kali menjejakkan kaki ke sini (Bario) saya disambut dengan
alunan muzik tradisional. Saya lihat wajah-wajah ikhlas menyambut saya
datang ke sini,” katanya.
Beras Bario punyai nilai komersial
Ahmad Shabery berkata, beras Bario mula dikomersialkan dan menjadi pilihan rakyat negara ini.
“Tidak seperti beras-beras lain yang ada di negara kita, beras Bario
cukup istimewa dan lain daripada yang lain. Bukan soal rasanya, tetapi
sumber air yang dibekalkan ke dalam sawah-sawah padi datang dari sumber
semula jadi iaitu sumber mata air gunung.
“Kalau ikutkan ada tujuh tempat takungan air dan ia disalurkan ke
seluruh bendang tanpa sebarang pencemaran dan bahan kimia,” katanya.
Jelasnya, berbeza dengan padi lain, padi Bario perlu direndam dalam air selama 180 hari.
“Berada dalam air bersih dalam tempoh lama, saya kira beras yang terhasil itu memberi nilai kesihatan kepada penggunanya.
“Mungkin air mata dari pergunungan itu melalui akar-akar kayu yang
memberi khasiat dan terus memasuki plot-plot sawah,” katanya.
Menurutnya, beras Bario mempunyai potensi besar untuk di eksport secara lebih luas di Semenanjung Malaysia.
“Mungkin di Sarawak ini, orang biasa makan beras Bario, tetapi berbeza
pula di Semenanjung sesetengah orang tidak mengenalinya. Kita mahu ia
dipasarkan secara menyeluruh ke Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata, beras Bario mempunyai nilai pasaran tinggi jika dibandingkan dengan beras di Semenanjung.
“Jika di Semenanjung, harga bagi satu tan ada sekitar RM1,200, tetapi
beras Bario dijual sekitar RM3,600 per tan. Saya juga difahamkan
pendapatan petani bagi satu hektar padi boleh mencecah sebanyak RM5,000.
Kita akan fikirkan cara untuk meningkatkan hasil tuaian dan menjimatkan
kos,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan
(Nafas) akan menanggung kos baja padi untuk petani Bario.
“Kita sedia maklum, kos untuk membawa baja ke Bario hampir sama dengan
harga baja itu sendiri. Di Bario, setiap musim, petani di kawasan ini
memerlukan kira-kira 4,000 kampit baja.
“Biar Nafas yang tanggung kos itu supaya harga baja di sini tidak terlalu tinggi,” katanya.
Garam Bario satu keunikan
Siapa sangka, di sebalik kawasan pergunungan, wujudnya telaga garam
mineral yang turut menjadi punca pendapatan kepada masyarakat Bario.
Terletak di Kampung Pa’ Umor, telaga tersebut telah memberi peluang
pekerjaan dan pendapatan kepada lebih tiga generasi.Ahmad Shabery ketika
diminta mengulas mengenai tempat memproses garam mineral itu berkata,
penduduk di kampung tersebut masih lagi menggunakan kaedah tradisional
untuk menghasilkan garam dalam bentuk pepejal.
“Bermula dari proses mengambil air dari telaga sehingga kepada proses
akhir menjadi garam masih lagi menggunakan kaedah tradisional. Garam
Bario ini mempunyai khasiat tersendiri kerana mempunyai kandungan iodin
tinggi bagi merawat penyakit-penyakit seperti tiroid,” katanya.
Katanya, peruntukan sebanyak RM350,000 akan diberikan bagi tujuan
menambah baik kawasan memproses garam bukit bagi tujuankomersial.
“Saya harap dengan penambahbaikan ini, ia mampu dikomersialkan ke
Semenanjung Malaysia. Setakat ini, apa yang saya tahu garam bukit ini
dijual dalam pasaran Sarawak sahaja.
“Penambahbaikan itu termasuklah menyediakan kemudahan asas lebih
sempurna seperti bahan binaantahan karat dan kemudahan-lain yang
bersesuaian,” katanya.
Tambah baik teknologi penanaman nanas
Nanas Bario merupakan satu produk menarik dari daerah tersebut kerana
kemanisan rasanya. Ada yang mengatakan nanas Bario hanya sedap dimakan
di kawasan itu sahaja dan apabila dibawa keluar dari daerah itu, ia
masam.
Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Datuk Samsolbari Jamali
berkata, nanas Bario merupakan produk yang boleh diketengah.
Namun begitu, Samsolbari berkata, masih banyak aspek perlu dipertingkatkan dalam proses penanaman.
“Sebagai contoh nanasnya terkenal dengan kemanisan, tetapi ia masih
belum dipasarkan sepenuhnya. Kalau kita perhatikan ia diusahakan secara
kecil-kecilan dan tradisional.
"Kalau dilihat nanas di Bario tidak dibaja serta proses penanamannya menggunakan kaedah 3T (tanam, tinggal dan tuai),” katanya.
Menurutnya, kaedah penanaman perlu dipertingkatkan kerana ada ladang seluas 14 ekar cuma mempunyai 10,000 pokok.
“Sepatutnya satu ekar boleh tanam 16,000 ke 17,000 pokok,” katanya.
Jelasnya, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah bertekad supaya
pengusaha di Bario menggunakan teknologi terkini agar kerja lebih mudah
dan produktif.
“Kita juga mahu nanas ini kekal sebagai nanas Bario kerana ia adalah
satu tarikan eksklusif selain daripada beras dan garam,” katanya.
Tambahnya, RM50,000 di suntik kepada seorang pengusaha ladang nanas di Bario dan menjadi agen kepada pusat pengumpulannanas.
“Kita juga perkenal teknologi dan pada masa sama kita sediakan baja.
Kita mahu projek ini berjaya dan jadi contoh buat masyarakat Bario
mengusahakan penanaman nanas.
"Saya percaya, jika nanas Bario dikomersial, ia beri sumbangan kepada
sektor eko pelancongan memandangkan kelebihan tanah tinggi serta suhu
sejuk daerah ini,” katanya.
2 orang berkata:
Saya pernah tinggal di Bario tahun
1988.saya masih ada kawan di Bario
srperti abang mussafa,peter matu,
Cikgu stanley dan apui ngimat ayu
cheap nfl jerseys
miami heat jersey
ralph lauren polo
coach outlet
ray ban sunglasses outlet
adidas yeezy
nike outlet store
reebok shoes
fitflops sale clearance
nike trainers
Post a Comment