Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PASAL AWAK POTONG ITU ANU ?

Potong anu: Mahkamah tetap 25 April sebut semula kes
Potong anu: Mahkamah tetap 25 April sebut semula kes
Gunamalar (kiri) sedang berbincang sesuatu bersama Fatimah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian
 
KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menetapkan 25 April depan bagi sebutan semula kes membabitkan seorang isteri didakwa mencederakan suami dengan bertindak memotong kemaluan suaminya pada 20 Januari lalu di Batu Kikir, Jempol.
 
Hakim, Nariman Badruddin menetapkàn tarikh baharu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azlan Hakim Nik Mahmood memaklumkan telah menerima dokumen perubatan bagaimanapun memerlukan masa untuk melengkapkan beberapa dokumen berkaitan kes itu.
 
Dalam perbicaraan, beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula bagi penyerahan dokumen.
 
Sementara itu peguambela yang mewakili tertuduh J.Gunamalar, meminta mahkamah mempercepatkan proses mendapatkan dokumen berkaitan kerana kes telah mengambil tempoh masa selama dua bulan.
 
Gunamalar berharap perbicaraan akan datang semua dokumen berkaitan dapat dilengkapkan bagi melancarkan perbicaraan.
 
Bagi fakta kes, tertuduh Fatimah Abdullah, 51, didakwa telah mencederakan suaminya seorang warga pakistan, Umar Rahman, 44, memotong kemaluannya dengan sebilah pisau yang berkemungkinan boleh mendatangkan kematian pada 20 Januari jam 1.20 pagi di Jalan Beringin 3, Batu Kikir.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.
 
Pada 22 Februari lalu, tertuduh telah menukar pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.