Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Zakir Naik: Terima kasih kerajaan
Dr Zakir Naik
Dr Zakir Naik
BESUT - Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada beliau menyampaikan ceramah di Melaka Ahad ini.    
Beliau menyatakan rasa syukur walaupun tajuk ceramah ditukar dan menganggap ia cabaran biasa sebagai pendakwah. Pada awalnya beliau dijadual menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kemudian ditukar kepada 'Women's Right In Islam'.    
"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran di Melaka akan bertambah," katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Does God Exist?' (Adakah ALLAH Wujud?) di Sekolah Menengah Imtiaz Besut malam tadi.
Dr Zakir ditanya mengenai arahan pembatalan ceramah di Melaka sebelum ini selepas mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), tetapi kemudian dibenarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.    
"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada ALLAH dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah saya ini," katanya.    
Ceramah pada malam tadi dihadiri kira-kira 30,000 orang dan turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh. - Bernama

1 orang berkata:

XUMNO said...

Puak Hindraf dan MIC sebenarnya takut jika nanti apa yang dibentangkan oleh Dr.Zakir akan membkongkarkan beberapa kebenaran pada kitab asal Hindusm yang bersamaan dengan apa yang tedapat oada AlQuran tetapi telah diubahsuai dan sengaja disalah tafsir oleh pendita2 mereka. Video mengenai tajuk persamaan Hinduism dan Islam boleh ditonton di Youtube yang dirakam di Afrika Selatan beberapa tahun dulu. Inilah sebenarnya ketakutan dan keresahan kumpulan penentang ini, bimbang pembohongan pendeta2 terbongkar.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.