Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SOKONG LATHEEFA KOYA MENGEPALAI SPRM

TERBUKA PEKONG, MCA DAN PKR ADALAH KAWAN SETIA, ADAKAH UMNO KENA TIPU ?

PM tepis dakwaan lantik Latheefa untuk 'sasarkan' Anwar

   
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah untuk 'mensasarkan' Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Mereka boleh membuat pelbagai tuduhan tetapi sebenarnya saya pilih orang yang layak," katanya kepada pemberita di Melaka petang ini.

Mahathir berkata demikian bagi menjawab kenyataan Presiden MCA Wee Ka Siong, yang 'risaukan' nasib Anwar berikutan pelantikan Latheefa.

ADA PA YANG DITAKUTI OLEH PKR DENGAN LATHEEFA KOYA ?

Nik Nazmi sokong petisyen gesa Latheefa letak jawatan


   
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tetap menyeru orang ramai menandatangani petisyen menggesa Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM meskipun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam berkata pelantikan itu muktamad.

PAS MUNGKIN AKAN MENENTANG PENENTANG LATHEEFA KOYA MENJADI KETUA SPRM.

PAS NAK TENGOK SEJAUH MANA KEMAMPUAN PKR MENGGAGALKAN KEPUTUSAN MAHADHIR.

-Pak Karamu-

Hadi hairan kenapa pemimpin PKR pertikai pelantikan Latheefa


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata beliau hairan dengan pemimpin PKR yang mempertikaikan pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam, Abdul Hadi berkata perdana menteri mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu bagi jawatan itu.

“Terpulang kepada perdana menteri untuk lantik siapa yang dia nak, kalau kepimpinan PH boleh pilih dia (Dr Mahathir) jadi perdana menteri, mengapa tak boleh setuju apabila dia pilih Latheefa?

“Apa yang penting beliau (Latheefa) perlu buktikan kemampuannya setelah melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab nanti," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Abdul Hadi mengulangi pendirian PAS menyokong pelantikan Latheefa yang disifatkan mempunyai perwatakan yang sesuai bagi jawatan berkenaan, seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini.

Ahli parlimen Marang itu juga menyatakan kesediaan kerajaan negeri di bawah PAS iaitu Kelantan dan Terengganu untuk disiasat SPRM.

“PAS tidak terlibat dengan sebarang perkara, dan kita terbuka sebagaimana saya pernah nyatakan dahulu di mana kerajaan kita di Kelantan dan di Terengganu terbuka untuk SPRM siasat supaya berjaya mencapai objektif sebuah kerajaan yang bersih,” katanya.

Pengkritik pelantikan Latheefa rata-rata bersetuju perwatakan tegas peguam itu sesuai bagi menggalas tugas berkenaan, namun mempersoalkan latar belakang beliau sebagai bekas ahli PKR yang pernah memegang jawatan dalam parti.

Selain itu, pengkritik juga mempersoalkan cara pemilihan Latheefa yang dibuat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tanpa berbincang dengan kabinet atau melalui Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen bagi Pelantikan Jawatan Awam Utama.

Undang-undang ketika ini tidak memperuntukkan kuasa kepada Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen untuk mempengaruhi atau mengkehendaki kerajaan merujuk sebarang pelantikan jawatan awam kepada jawatankuasa itu.

PH dalam manifestonya bagaimanapun berjanji untuk memastikan SPRM melapor terus kepada parlimen dan bukan lagi kepada perdana menteri, selain tidak membuat pelantikan politik.

Pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk kontrak selama dua tahun.

Pelantikan itu dibuat selepas penyandang jawatan itu Mohd Shukri Abdull memohon untuk memendekkan perkhidmatannya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Baguih la kalau PAS sokong pelantikan Tipah Koya tu. Tapi Iskandar Samad meroyan hari tu pasai pa? dia bukan geng kartel dedak kan? kaa sebab dia tak dak dlm whatsapp group ayohchik?

Anonymous said...

Alhamdulillah sbb pas sokong tipah. Mudah2 semua yg terlibat dedah akan segera masuk ke penjara. Amin Ya Rab

Anonymous said...

Yg rasa senak perut abduh, hadi, samad, tat snake, dll

Anonymous said...

Mudah2an Encik Amin Ya Encik Arab sokong Cik Tipah.

Anonymous said...

Pas ni,,bodoh tak habis2. Padan la asyik kena tipu. Kena tipu dgn al juburi dan pkr, kena tipu dgn lge dap,,sokong dap hanya kerana lge kata " saya jadikan umar abd aziz role model ".. dan kena tipu dgn geng2 munafik dlm pas sendiri yg diketuai oleh tiga golo gan,,syiah mat sabun, irc mujahid dan geng juhalak pas yg diketuai mahfuz..sekarang pas diperbodoh tun m pulak...kah kah...kesian org2 pas yg dapat pemimpin jahil politik. Harakah daily,,dua atau tiga artikel mempertikaikan perlantikan tipah koya kerala jadi pengarah sprm kerana bercanggah dgn menipufesto pakatan hancing,,tiba2 keluar kenyataan mengalukan2 tipah koya dan sokong...apa punya bahlol....tiada pendirian. Diantara pas dan umno,,saya yakin,,jika perpaduan dan kerjasama ini hancur, ia berpunca dari pihak pas...tuan2 tunggu saja la.

Anonymous said...

oit! anon 4.04am, kau baru keluar dari gua ke?? kau baru tau ke pas ni bodo?

Anonymous said...

Aku tahu lama dah pas tu bodoh,,bodoh2 pas, lebih cerdik lagi jika nak dibandingkan dgn macai2 babi ph macam hang tu...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.