Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GEMPAR !! Politik jahat UMNO dalam isu agama..

0
0
  
Print Friendly
Kampung Luat, Lenggong: Politik jahat UMNO untuk menjauhkan masyarakat Kampung daripada ilmu Agama sedang menular kebelakangan ini. Kejadian ini berlaku pada awal kehadiran Ust Wan Ahmad Tarmizi yang telah dijemput oleh masyarakat disitu untuk menyampaikan kuliah bulanan bagi memenuhi ruang jadual pengajian yang telah dikosongkan oleh Ust Rozaini (Guru Pondok Pakteh, Kuak Luar, Kroh.)

Menurut masyarakat penduduk Kg. Luat, kehadiran Ust. Wan Ahmad Tarmizi menyampaikan kuliah Agama pada pertama kali di Masjid itu, telah cuba dihalang oleh Jawatankuasa Masjid pada akhir bulan lalu, tetapi dapat diteruskan juga diatas desakan permintaan dan perbincangan dengan masyarakat disitu dengan syarat seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Masjid supaya Ust. Wan Ahmad Tarmizi tidak menggunakan pembesar suara ketika menyampaikan kuliah Agama disepanjang pengajian itu.

Amat malang apabila baru-baru ini telah diberitakan bahawa, jadual pengajian bulanan yang akan disampaikan oleh Ust Wan Ahmad Tarmizi bagi menggantikan Ust. Rozaini adalah tidak dibenarkan lagi oleh Jawatakuasa Masjid Kg. Luat yang telah bermesyuarat.

Seorang penduduk Kg. Luat menyatakan dengan nada kesal diatas tindakan Jawatankuasa masjid itu yang telah menyekat masyarakat mendalami ilmu Agama, Katanya; “Pihak Jawatankuasa sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mengadakan banyak lagi pengajian di Masjid, kerana setiap kutipan sumbangan yang diberikan oleh masyarakat pada setiap hari Jumaat dapat dimanfaatkan untuk pengajian ilmu Agama kepada penduduk disitu bukan hanya untuk disimpan ataupun hanya untuk membuat bangunan Masjid sahaja.”

Lebih malang menurut penduduk Kg. Luat, sekatan dan halangan untuk mengadakan pengajian Agama di Masjid ini telah berlaku didalam Kg. tanah tumpah darah kelahiran Yang Berhormat Ahli Parlimen Lenggong.

P/s:-
Harus diingat bahawa, menghalang atau menyekat pengajian Agama Islam yang wajib disampaikan kepada seluruh manusia, adalah perkara yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Menjauhkan Ilmu Agama akan menjauhkan rahmat Allah dan mendekatkan pula bala bencana yang sudah tentu akan menimpa semua yang ada disana. (Wa Iyya U’ Dzubillahi Min Dzalik)
Kalau orang-orang Islam yang rasa-rasanya diri dia, (senang cakap, UMNO lah)dah banyak sangat ilmu dalam dada, atau tak nak mengaji dah. Minta tolong jangan menyekat orang-orang Islam yang dahagakan ilmu Agama Islam sehingga ke liang lahad mendapatkannya di Surau-surau dan di Masjid-masjid.



***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/28/gempar-politik-jahat-umno-dalam-isu-agama/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.